Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Wednesday, December 28, 2011

Pokok Warna Pelangi

Ini adalah pokok Rainbow Eucalyptus atau pokok Mindanao Gum. Pokok ini boleh meninggi sehingga 70 meter tinggi. Apa yang best tentang pokok ini telor? Aha.. kulit pokok ini warnanya seperti warna pelangi. Cantik.



Fenomena ini disebabkan oleh warna kulit kayu pokok ini tidak sekata seperti pokok-pokok yang lain. Warna-warna yang berlainan di pokok ini menunjukkan umur kulit pokok tersebut. Kulit muda berwarna hijau cerah. Kemudian warna kulit tersebut akan gelap dari masa ke masa iaitu ke warna hijau tua, warna biru kemudiannya ke warna unggu, warna oren dan akhir sekali ke warna merah maroon.


Selain pokok hiasan,pokok ini juga ditanam secara meluas untuk dijadikan pulpa kayu. Pulpa kayu adalah bahan yang digunakan untuk membuat kertas.



Jadi, jika korang ingin melihat pokok Rainbow Eucalyptus ini didalam habitat semulajadinya, korang boleh la pergi ke Indonesia, Papua New Guinea atau Filipina. Kalau malas nak pergi sana, boleh la tengok pokok ini di blog telor. Haha..

Dikopi dari environmentalgraffiti

5 comments:

koala said...

ni pokok budak2 tadika cat ni.. haha

Unknown said...

ehh benar ke mmg asl batang pokok tu wrna tu? kalau benar..Masyallah

-telOrDibAsuh- said...

kalau ikutkan pembacaan telor kat wikipedia, macam betul :-)

http://en.wikipedia.org/wiki/Eucalyptus_deglupta

zizziou said...

Ada pokok ni di FRIM kepong.. 1st time tngok terkejut jgak la..

epalejau said...

uik? MASYA ALLAH..:)

macam kaler pedelpop ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...