Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Showing posts with label Kelas IT. Show all posts
Showing posts with label Kelas IT. Show all posts

Saturday, January 18, 2014

Wajah "Emoji" yang Kiut Miut

Macam nie la kot wajah kita bila kita buat "Emoji" dalam sms. Eiuuww.. Kiut sangat. Hehe.


Tuesday, December 3, 2013

Surat kepada Santa Claus

Comelnya.. Mesti penat adik nie salin URL mainan yang dia idamkan. Siap kirim salam kat Pn Santa Claus lagi. Hehehe..

Kepada En Santa Claus pula, selamat menyalin kembali URL ini di browser. Hahaha..


Wednesday, August 14, 2013

Pabile Puteri-Puteri Disney Berinstagram

Kelakar telor rase bile puteri-puteri Disney nie ber-Instagram. Hehehe.. Sape-sape yang tak paham maksud telor, maknenya dia belum pernah lagi ber-Instagram le tue. Kantoi.. Hahaha..


Tuesday, April 2, 2013

Gmail Blue

Apekah ini video April Fool 2013 dari Google? Tidakkkkkkkk... Macam mana telor boleh terkena April Fool nie? Demit!! Opss.. termencarut pule telor. I'm sorry. Hehehe..

Telor hampir percaya dah tadi ade produk baru Google bernama Gmail Blue. Takpe Google. Ade lori ade bas. Nanti telor balas. Kaw-kaw punye. Hahaha..



Thursday, February 21, 2013

Cermin Mata Google

Cermin mata terbaru daripada Google. Ohsem. Lepas nie boleh baca blog telordibasuh mana-mana aje selepas ini tanpa gagal dengan bantuan cermin mata Google.

"Okey Glass. Read telordibasuh" Hahaha..



Thursday, February 14, 2013

Sejarah YouTube

Jom hari ini kita belajar same-same sejarah YouTube. Takde la menarik sangat sejarahnya. Tapi boleh la. Hehe..



Saturday, October 20, 2012

Pertama kali keluar suratkhabar

Hari ini 20-10-2012 blog telordibasuh tiba-tiba keluar di surat khabar Utusan Malaysia diruangan Blog dan laman web pilihan. Hah? Betul ke telor nie? Ke telor buat photoshop aje? Telor ni bukan boleh percaye sangat. Haha..

Yup. Kali ini benar belaka. Bukan photoshop seperti yang korang gembar-gemburkan. Haha.. Mule-mule telor pun ingat kawan telor tipu telor bile dia kate yang blog telordibasuh nie keluar paper. Alih-alih betul la pula. Huyyooo..!!!

Terima kasih Utusan Malaysia. Telor akan cuba baca surat khabar Utusan Malaysia mulai hari ini tanpa gagal. Haha..

Okeh. Ape yang perlu korang buat sekarang adalah pi beli cepat-cepat surat khabar Utusan Malaysia bertarikh hari ini untuk dibuat kenang-kenangan. Masih sempat lagi ni kalau nak beli. Jangan menyesal di kemudian hari ya. Haha..


Dikopi dari utusan

Friday, October 19, 2012

Google Data Center

Apabila kita melayari produk Google seperti website dan gmail, network kita akan disambungkan pada salah satu daripda 13 lokasi data center Google.

Antara negara yang menjadi lokasi data center untuk Google adalah Hong Kong, Singapura, Taiwan, Finland, Belgium, Ireland, Chile dan selebihnya berada di Amerika Syarikat.

So.. Inilah rupa Google data center tempat dimana data-data didalam produk Google disimpan. Wow.. Ohsem sangat. Besar dan kemas. Warna-warnanya pun ceria sampaikan Google data center ini dah boleh terus dibuat tadika telor rase. Haha.


Saturday, October 13, 2012

Kamera berbentuk Instagram

Sape suka berinstagram, mesti suka akan kamera Instagram ini. Hehe.. Kamera Instagram ini masih lagi dalam fasa prototaip. Jika semua perancangan berjalan seperti dirancang, kamera Instagram ini akan mula dijual pada pertengahan tahun 2013.

Kamera Instagram ini juga dijangka akan mempunya dua model iaitu 16GB dan 32GB. Mempunyai Wi-Fi connection, Bluetooh, GPS dan harganya dalam lingkungan $340 dan $450.

So, ape teori bila bergambar? Tak tahu? Okeh. Mari telor bagitahu. Teorinya senang aje. Jika gambar itu cantik, mestila sebab modelnya hensem atau lawa. Jika gambar tu tak cantik pula, mesti la sebab jurukamera tu tak reti nak ambil gambar. Betul tak teori nie? Haha..


Monday, September 24, 2012

Iklan iPhone 5 yang panjang

Semua orang tahu yang telefon baru Apple iaitu iPhone 5 panjang sedikit dari iPhone 4. Tapi bagaimana kalau iPhone 5 tu panjang banyak? Bukan panjang sikit tau. Tapi panjang banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak sangat. Hahaha..

Cube korang tengok video iPhone 5 nie. Kelakar gile telor rase. Punya la panjang iPhone 5 tu sehingga korang tak perlu scroll screen bile nak tengok contact book. Haha..



Dikopi dari YouTube

Thursday, September 20, 2012

Blog lambat update

Telor..!! Telor dah pemalas ye sekarang. Apesal semenjak dua menjak ni lambat sangat update blog? Telor nak kena tembak ke??

Erkk..!! Sabar-sabar.. Okey okey.. Nanti telor cube update blog sekerap yang mungkin ya. Ala.. Korang jangan la tembak telor. Kesian kat telor. Telor belum kahwin banyak lagi. Haha..


.

Wednesday, September 12, 2012

Gambar yang bergerak-gerak

Ohsem. Gambar bergerak-gerak hitam putih yang menarik. Seram juga la kalau tengok gambar nie lama-lama. Haha..

Alaa.. telor yang penakut. Ngaku aje la. Kita orang dah lama tahu telor ni penakut. Harap name aje telor. Haha..


Friday, August 3, 2012

Kaki Muat Turun

Ini lah kegembiraan sebenar kaki muat turun. 100% telor setuju tanpa bangkangan. Haha..


Friday, July 13, 2012

Saya perlukan matahari

Haha.. Kalau dah jadi pemain game tegar tu, memang tak buleh buat apa dah. Sabar aje la. Haha..


Monday, July 2, 2012

QWOP jika wujud di dunia sebenar

Dulu, kalau masih ingat, telor ade postkan satu game berlari 100 meter. QWOP namenya. Ingat lagi tak? Ala.. game yang susah nak berdiri tu. Hehe..


Monday, June 25, 2012

Twitter Menara Bing Ben

Kepada pengguna tegar Twitter, korang dah follow ke Twitter menara Big Ben? Hah? Menara Big Ben? Ala.. menara jam yang paling feymes di England tu.

Ohh.. menara tu ke. Okey okey.. Tapi.. Kenape kita orang kena follow Twitter dia telor? Hehe.. Korang tengok le dulu Twitter dia camane.


Monday, June 11, 2012

Telefon Muka Buku

Designer Michal Bonikowski telah mengeluarkan rekaan telefon konsep untuk laman sosial terkenal Facebook. Hasilnya? Fuhh.. Mantop beb. Sebijik macam rupa Facebook.


Friday, June 1, 2012

100% Betul

Telor setuju 100 peratus dengan gambar ini tanpa sebarang bangkangan. Agreed!! Hehe..

Tuesday, April 17, 2012

Sarung iPhone yang comel

Connect Design menjual sarung iPhone 4/4S yang sangat comel sekali. Sarung iPhone ini boleh diberi makan duit, kad kredit, gule-gule getah, wayar, mancis, gambar dan macam-macam lagi. Pendek kate, sarung iPhone ini betul-betul lapar lah. Hehe..

Oh yea. Sarung iPhone ini juge mempunya mate yang bermacam-macam. Terpulang kepada korang nak mate yang macam mana. Taknak bagi dia mata pun boleh juga. Haha..

Monday, April 16, 2012

Blogging Is Like Sex

Huh? Biar betul kajian ini. Blogging Is Like Sex?? Wow. Kajian yang hebat nie. Maknenya kalau ikut pemahaman telor yang sederhane ini, siapa yang suke berblog, dia juga suke bersex. Siapa yang tak suka berblog, dia juga tak suka bersex. Ish ish ish.. Nasib baik le telor suke berblog. Hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...