Albino? Apa tu telor? Okeh. Menurut dari pembacaan telor di wikipedia, Albino atau albinism (dari perkataan Latin yang bermaksud putih) adalah gangguan genetik di dalam pigmen yang terdapat dikulit, rambut dan mata manusia. Keadaan ini disebabkan kerana ketiadaan atau kekurangan enzim yang terlibat dalam pengeluaran melanin.
Pada manusia, melanin adalah penentu utama warna kulit. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, Albino ini berlaku apabila badan mengeluarkan melanin yang sedikit atau tiada langsung.
Secara umumnya, mereka yang mengalami Albino ini tiada beza dengan kita semua. Cuma warna kulit, mata dan rambut aje yang berbeza. Jadi, jangan takut nak berkawan dengan mereka ya :-)
Dikopi dari dizzyhamster
1 comment:
sedara mara kat kampung kebanyakan Albino
Post a Comment