Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Monday, December 31, 2012

Gambar sebenar hantu lukisan seram

Selalu tengok gambar akak sorang ni kan..tapi kita tak pernah tengok gambar sebenar beliau. Sape yang belum tengok jom masuk tengok. Glup

Fakta yg dia tulis ni, kite tak tau la betul ke tak. Korang pernah rasa ker?


Sunday, December 30, 2012

Tayar yang boleh senget-senget

Ohsem. Rekaan tayar masa hadapan daripada Hankook. Power tu.. Tayar siap boleh senget lagi masa ambil corner. Lepas ni mat rempit tak main le bile corner cecah lutut. Depa main cecah telinga le pula kot. Hahaha..



Dikopi dari YouTube

Saturday, December 29, 2012

Pabila kapal terbang Airbus A380-800 mendarat

Jom kita tengok bagaimana suasana dalam cockpit kapal terbang Airbus A380-800 ketika hendak mendarat. Ohsem. Telor tibe-tibe rase nak jadi pilot le pule. Hehehe..



Dikopi dari YouTube

Wednesday, December 26, 2012

Pelakon Home Alone dulu & sekarang

Wow.. Dah tua-tua pelakon Home Alone sekarang nie. Dulu waktu telor kecik-kecik, semua pelakon nie muda mudi lagi. Ish ish ish.. Nampak sangat telor pun dah tua juga. Hahaha..


Tuesday, December 25, 2012

Burger yang tahan lame

Wow. Selepasa 979 hari atau bersamaan 2 setengah tahun, burger Happy Meal McDonald masih lagi bertahan tanpa ade tanda-tanda busuk atau berkulat. Hebat. Pengawet dia betul-betul gred A punya kualiti. Hahaha..

Patut le telor tengok kawan telor selambe aje makan burger semalam tanpa ade rase was-was. Siap sendawe lagi. Hahaha.. Telor rase kawan telor tu amalkan petua ini kot. Kalau 979 hari pun burger ini boleh bertahan, apela sangat burger semalam. Betul tak? Hahaha..


Monday, December 24, 2012

Transformers Bumblebee

Jom kita tengok revie kereta Transformers Bumblebee atau nama betulnya Chevrolet Camaro SS Transformers Edition. Ohsem. Autobots!! Transform and roll out!!!


Sunday, December 23, 2012

Planet Marikh dalam Seminit

Animasi yang menarik. Jom kita belajar mengenai planet Marikh dalam cara yang mudah. Hohoho..


Saturday, December 22, 2012

Ramalan kiamat yang SENTIASA SILAP

Jom kite baca infografik mengenai ramalan kiamat yang SENTIASA SILAP sepanjang sejarah tamadun manusia. Hohoho..

Ehh.. Apesal telor hohoho pula?? Laa.. kan krismas dah dekat. Hahaha..


Friday, December 21, 2012

Ape yang akan jadi pada bot ini esok?

Di Belanda, seorang pakcik bersama keluarganya sedang bersedia menghadapi hari 21 Desember 2012. Pakcik ini telah membeli bot keselamatan berwarna oren dan diletakan dalam keadaan bersiap-sedia diperkarangan rumahnya.

Okeh. Persolannya adelah..... Ape akan jadi pada bot ini esok? Hahaha..

Itu le pakcik. Mudah sangat pecaye pada Filem 2012. Kan orang dah kate, Filem 2012 tu hanya rekaan semata-mata. Tapi pakcik degil. Pakcik nak pecaye juga. Haa.. Kan dah rugi terbeli bot. Hahaha..


Thursday, December 20, 2012

Muke control hodoh

Control ayu atau control macho ketika bergambar? Tidak lagi. Trend bergambar sekarang adelah control hodoh. Hahaha..

Oh ya. Gambar potrait control hodoh ini dihasilkan oleh Wes Naman dengan bantuan sellotape. Hahaha..


Wednesday, December 19, 2012

Kubu bawah tanah yang ohsem

Di California, Amerika Syarikat, terdapat sebuah kubu bawah tanah. Dipunyai oleh Ron Hubbard, kubu bawah tanah ini direka untuk berfungsi sebagai tempat perlindungan keluarga beliau jika berlaku sebarang bencana yang tidak diingini. Hoho.. Ohsem. Jom kita tengok bagaimana ianya dibina.


Friday, December 14, 2012

Cerita ala-ala Robot Gundam

Pasific Rim. Sebuah filem science fiction yang mengisahkan bumi diserang raksasa dari laut. Untuk mempertahankan diri, manusia menggunakan robot gergasi ala-ala robot gundam. Hoho.. Macam best aje kan. Bagi telor la. Hehehe.. Filem ini dijadual akan ditayangkan pada bulan Julai 2013.


Thursday, December 13, 2012

Orang Denmark tak pernah tengok bas??

Huh?? Orang Denmark tak pernah tengok bas ke? Apesal semua orang jakun semacam aje bile tengok bas. Siap bergambar lagi bile nak tekan loceng. Haha..

So korang tunggu ape lagi. Moh le kita bergambar banyak-banyak dengan bas. Bagi orang Denmark cemburu sikit dengan orang Malaysia. Haha..

Oh lupe nak bagitahu. Ini adelah iklan mari guna pengangkutan awam (bas) di negara Denmark. Jadi.. Akhir kate dari telor, selamat bergambar dengan bas ya. Haha..



Dikopi dari youtube

Kayak yang bernama Oru

Hah? Kayak yang bernama Oru? Ape tu telor? Haha.. Okeh. Meh telor cite. Ade sebuah kayak. Oru Kayak nama dia. Oru Kayak ini berbeza daripada kayak-kayak yang lain. Ape yang bezanya telor? Bezanya Oru Kayak ini boleh dilipat-lipat menjadi sebuah beg.

Beg? Kenape Oru Kayak nie nak jadi sebuah beg? Okeh. Oru Kayak ini jadi sebuah beg dengan tujuan untuk menjimatkan ruang simpanan selain mudah untuk dibawa kemana-mana. Okeh. Soalan last. Korang berminat dengan Oru Kayak ini? Kalau berminat, korang boleh belinya dari sini. Kalau tak berminat, korang jangan beli. Sekian. Hahaha..


Wednesday, December 12, 2012

Trailer terbaru Manusia Keluli

Jom kite tengok trailer terbaru cerita Superman dengan tajuk "Manusia Keluli" atau dalam bahase omputehnye "Man Of Steel". Dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan. Bulan berape tu, telor tak pasti pula sebab dia tulis Next Summer aje. Haha..

Ape-ape pun macam best aje cerita Manusia Keluli kalau berdasarkan trailer la. Hehe.. Okeh. Jom kita tengok trailer.

#Trailer 2



Gula kapas berbentuk bunge

Cantik. Rase sayang pula nak makan gula kapas ini. Lebih-lebih lagi kalau diberi oleh buah hati. So sweet.. Hehe.. Telor jiwang rupenya. Kantoi.. Haha..



Dikopi dari youtube

Jom kita cuci telinga

Kalau di Malaysia ade perkhidmatan mengunting rambut, di India lagi hebat. Di sana ade perkhidmatan mencuci telinga. Hah? Perkhidmatan cuci telinga? Yup. Betul. Korang tak salah dengar. Di India memang ade perkhidmatan memcuci telinga.

Cuma bayar beberapa sen / ringgit upah, telinga pelanggan akan dicuci bersih sebersihnya oleh mereka yang professional. Wow.. Hebatkan. Haha..

Cuma telor harap, alat pencuci telinga tu tak digunakan berkali-kali la ye. Lepas servis, buang. Lepas tu, pakai alat pencuci telinga yang baru pula. Bukan ape, geli habag hang kalau kena share. Eiuuwwwwuu.. Haha..


Saturday, December 8, 2012

Jom kita makan Lollipop dengan penuh bergaya

Sarung gule-gule Lollipop penuh bergaya ini bernama Chupa Chops Design Wood Cases dan direka oleh LIFE studio. Ohsem. Telor tak sangka gule-gule Lollipop pun dah jadi sebahagian daripada fesyen sekarang. Hebat-hebat. Lepas ini boleh la kita makan gule-gule Lollipop dengan penuh mutu dan keunggulan. Betul tak? Haha...


Perkare yang nak dilakukan pabila bangun pagi

Haha.. Telor setuju teori bangun pagi ini 100% tanpa bantahan atau bangkangan. Sebelum tido malam, telor mesti akan plan ape yang nak dibuat bila bangun pagi nanti kan. Nak basuh baju la.. Nak sapu sampah la.. Nak siram pokok bunge la.. Tapi bile aje dah bangun, semua tu tak buat pun. Plan aje lebih. Haha..

Korang pule bagaimane? Setuju tak dengan teori ini? Setuju aje la.. Korang pun 2 kali 5 macam telor juga. Haha..


Friday, December 7, 2012

Kelakar ader, Kesian pun ader...

Walaupun telOrDigOreng tak paham apa dia cakap, tapi telOrDigOreng rasa kelakar sangat... lagi2 part yang last tu.. hehe.. ehem2 x baik gelakkan orang :)



Dikopi dari YouTube

Cara-care nak buat bayi

Laa.. macam ini ke cara nak buat bayi. Telor nak cube la nanti. Bukan susah sangat mane pun. Guna pam angin aje. Hahaha..


Gambar yang tersembunyi

Jom kali ini kita cari ape yang tersembunyi di dalam gambar ini. Telor bagi tips. Ade 2 bende yang tersembunyi.


Monday, December 3, 2012

Akhirnya...

Huhuhu.. Akhirnya rumah pakcik yang otai dirobohkan juga. Walaupun pampasan yang diterima hanya berjumlah $42,000, pakcik ini akhirnya terpakse akur juga kerana sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Huhuhu...

Hah?? Sebab nila setitik rosak susu sebelanga?? Emm... Lain macam aje bunyi nye. Macam tak berape kena la telor. Ehh?? Tak kena ya? Hehehe.. Maaf le.. Telor fail sikit kalau bab pantun-pantun nie. Hahaha..

TELOR !!! Bukan pantun la.. PERIBAHASA baru betul !!! Ish ish ish.. Ape la telor ni. Semua salah. Ehh.. Telor salah lagi ya. I'm sorry... Hahaha..


Sunday, December 2, 2012

Perkare yang korang tak tahu mengenai handphone

Hahaha.. Teori yang hampir tepat. Telor setuju 100% tanpa bangkangan. Sape yang tak setuju tu nampak bebenor tipunya. Haha..


Pabile orang dewasa bergambar seperti kanak-kanak

Walaupun kecik-kecik dah berjambang, telor rase mereka tetap nampak comel. Betul tak? Hahaha.. Gambar orang dewasa bergambar seperti kanak-kanak ini dihasilkan oleh Cristian Girotto. Menarik-menarik.


Friday, November 30, 2012

Jangan bersin pade mase yang salah

Hahaha.. Iklan ubat alahan berjenama Texa Allergy yang kreatif. Ohsem. Cube korang bayangkan ape yang berlaku kat korang selepas korang terkantoi bersin dalam situasi-situasi berikut. Err.. Telor rase mesti korang tak dapat nak bayang kan. Betul tak? Hahaha..


Meja kopi yang berbentuk Floppy Disk

Kanak-kanak zaman sekarang mesti ramai yang tak tahu ape itu floppy disk. Majority hanya kenal pendrive aje. Ish ish ish... Nampak sangat yang telor ni dah tua. Hahaha.. Okeh. Jom kita tengok meja kopi yang berbentuk floppy disk nie. Ohsem. Stylo mylo designnye.

Teringat telor waktu muda-mudi dulu. Gegirl waktu tu floppy disk dia mesti kaler warna-warni. Siap ade yang lutsinar lagi. Hebat-hebat. Boboy pula warna-warni juga floppy disk dia. Itu pun sebab rembat gegirl punya floppy disk. Hahaha..


Thursday, November 29, 2012

Ilusi Optik yang Senggama Minda

Errkkk??? Biol kejap kepala telor bila tengok video ini. Senggama minda sungguh. Senang aje telor kena tipu. Ish ish ish.. Nampak sangat IQ telor belum lagi sampai tahap genius. Kena rajin belajar lagi nie. Haha..



Tuesday, November 27, 2012

Mane lagi best, gadis sorak atau askar?

Hahaha.. Video klip yang best. Telor hanya mampu ketawe aje. Hahaha..

Okeh. Korang suka versi yang mana? Gadis sorak atau askar? Kalau tanye telor, telor suke versi askar. Nampak gedik sangat. Comel. Hahaha..



Dikopi dari YouTube

Monday, November 26, 2012

Jambatan yang ada 3 Belon

Di Taman Tatton, England terdapat sebuah jambatan yang diapungkan oleh 3 biji belon gergasi. Ohsem. Cuma yang telor mushkil, macam mana kita nak naik jambatan ini?


Friday, November 23, 2012

Iklan Spender Le Slip Français

Ini adelah iklan spender berjenama "Le Slip Français" daripada negara Perancis. Moh kita tengok iklannye.



Rumah di tengah jalan raye

Akibat terlalu otai, seorang pakcik dari negara China telah menolak permintaan kerajaan untuk berpindah ke tempat lain. Takdelah. Telor reka aje yang tu. Hahahah...

Okeh. Ini cerite yang betul. Akibat pampasan yang sedikit, pakcik ini telah menolak untuk berpindah ke tempat lain. Akibatnya, rumah pakcik ini berade betul-betul di tengah-tengah jalan raye sekarang.

Cayalah pakcik. Pakcik memang otai. Hahaha..


Baby yang cube tahan dari tidur

Comel + geram. Sape nak join Telor picit-picit pipi baby nie? Hehehe..



Dikopi dari YouTube

Wednesday, November 21, 2012

Ini alatan ape? Cube korang teka?

Aha.. Cube korang teka ape kegunaan alatan ini?


Kereta paling mahal sekali di Malaysia

Cube korang teka kereta ape paling mahal sekali di Malaysia? Bagi tips sikit. Harge kereta ini sahaja dah hampir cecah RM 7 juta. Mak aih.. mahalnye.

Ini harge second hand. Kalau harge baru, mesti lagi mahal. Okeh. Biar kitaorang teka. Ini kereta Bugatti Veyron Limited Edition ke telor?

Emm.. Salah. Kereta ini lebih mahal lagi dari Bugatti Veyron Limited Edition. Sebagai perbandingan, harge kereta Lamborghini Aventador - RM 2.5 juta atau Ferrari 458 Italia - RM 1.9 juta. Haaa.. Tahu tak kereta ape?

Tak tahu? Okeh. Moh kita tengok.


Monday, November 19, 2012

Karya yang menggelikan

Erkk?? Karya yang menggelikan? Kenape telor kate karya nie menggelikan? Errr.. korang tengok le sendiri. Hasil karya yang menggelikan ini dihasilkan oleh Ambreen Butt. Hehehe..


Sunday, November 18, 2012

NASCAR vs FORMULA ONE

Korang pernah dengar ape itu perlumbaan NASCAR tak? Tak pernah telor. Okeh takpe.

Korang pernah main game arked Daytona tak? Tak pernah le telor. Okeh takpe.

Korang pernah tengok citer kartun CARS tak? Poster citer tu ade kat bawah.


Tak pernah tengok juga le telor. Okeh takpe. Jangan sedih. Telor rase korang Google aje ape itu perlumbaan NASCAR. Mungkin boleh memahami kot. Hehehe..

Okeh. Jom kita tengok perbezaan diantara perlumbaan NASCAR dan perlumbaan FORMULA ONE. Mana satu yang lagi best. Sila klik gambar untuk resolusi tinggi ya. Vrooommmmmmm..

Friday, November 16, 2012

Hadiah untuk hari bapa...


Abang paling FAMOUS

Beliau pemes di dalam enjin carian google.. Di manakah pemesnye? Beliau hanya menunggang basikal berkainkan pelikat kotak2. Apakah yg membuat beliau sungguh pemes? Adakah kain kotaknya? Adakah kedudukan misainya tidak berada di tempat yang betul? Adakah beliau menunggang cuma sebelah tangan sambil mencekak pinggang?

Jawapannya di dalam..


Sape menang? Alcohol atau Marijuana?


Tajuk dia mcm tak de kaitan kan..haha. Poster ini nak menunjukkan impak atau kesan penggunaan alkohol dan marijuana terhadap manusia. telOrDigOreng tak pernah pulak buat bende lagha ni, tapi betul ke Marijuana lebih positif kesannya terhadap manusia?

Thursday, November 15, 2012

Pabile Wonder Woman Menopause

Wonder Woman adelah salah satu watak superheroin DC Comics selain daripada Batman, Superman, Green Lantern dan The Flash.

Okeh. Jom kita tengok camane rupe Wonder Woman pabile dia dah menopause nanti.


Pabila Iron Man menjadi Zombie

Ohsem. Telor rase Iron Man ini tetap nampak ke-macho-annya walaupun die dah jadi zombie. Betul tak? Haha..


Sunday, November 11, 2012

Kenapa kereta Porsche mahal sangat?

Jom kita tengok sebab ape kereta Porsche regenya mahal tak ingat?


Thursday, November 8, 2012

Jururawat rakam imej hantu -Kosmo!

Kosmo! (Khamis 8 November 2012) telah keluarkan artikel "Jururawat rakam imej hantu" Wow! Terkejut kita uols bile terbaca dan tertengok gambar hantu ni.. Macam pernah ku tengok jer..bile dikaji2 selidik rupe2nyer ia adalah application yg boleh dimuat turun ke dalam phone android anda. iphone pun ade jgk. Nama application ni Camera360

Wednesday, November 7, 2012

Sebelum dan selepas Dadah

Macam ini lah keadaan kita sebelum dan selepas mengambil dadah.

Ehh.. yea ke kita akan macam ini telor selepas mengambil dadah? Macam tak caye aje. Dah ambil dadah pun tetap bergaya lagi. Macam tipu aje telor. Hahaha..

Entah. Telor pun tak tahu. Sebab telor pun belum pernah lagi mengambil dadah. Nanti bile telor dah ambil, telor bagitahu ya. Hahaha..

Gambar ini diambil oleh Roman Sakovich untuk projeck beliau yang bertajuk "Half".


13 Kerja Paling Merbahaya Di dunia

1. Forklift Operators


Sunday, November 4, 2012

Tadika yang ade kapal terbang

Sebuah tadika di Georgia (Georgia ni kat mana pun telor tak tahu. Haha..) terdapat sebuah kapal terbang yang telah diubahsuia khusus untuk kanak-kanak bermain. Best best.

Hebat kanak-kanak sekarang kan. Kecik-kecik dah merase jadi pilot. Dulu waktu telor kanak-kanak, telor sibuk sangat main pondok-pondok dan kawin olok-olok. Langsung tak berkesempatan nak main kapal terbang dan merase jadi pilot. Haha..


Chevrolet Camaro Hot Wheels Edition

Sape peminat tegar kereta mainan Hot Wheels, boleh le mula menabung dari sekarang ya. Awal tahun 2013 nanti, buat pertama kalinya dalam dunia, kereta Hot Wheels berskala 1:1 akan mula dijual kepada orang ramai.

Dulu ade juga kereta Hot Wheels berskala 1:1, tapi itu dibuat dalam kuantiti 1 unit aje. Yang ini pula, dibuat dalam kuantiti yang banyak. Sape-sape nak, boleh order aje. Yang penting, minat kereta Hot Wheels aje. Haha..

Ohsem. Jom kita beli nak? Bukan calang-calang kereta nie tau. Kereta Bumbleebee tu. Autobots, transform and roll out. Haha.. Oh lupa pula. Track sold separately ya. Hehe..


Kartun telor yang pelik

Huh?? Pelik sungguh kartun telor ni. Sampaikan telor pun jadi konfius kejap. Haha..


Friday, November 2, 2012

Pernah ke korang buat?


Pernah ke korang buat mcm ni...Cantik dah cantik dah rupe dia melengkau tu..kalau mak kite lalu, mau dia pijak nanti.. Rajin2 kan la diri.. nampak sangat pemalas...hahaha

Dikopi dari lolhappens.com

Puting apakah ini?

Puting susu untuk budak2 kita dah biasa tengok.. Yang puting ni lebih kreatif dan inovatif..

Apa fungsi rupa bentuk inovatif ini? Adakah kaedah ini boleh di terima masyarakat umum terutama golongan para ibu? Di mana tahap keperihatinan kita terhadap bayi-bayi ini? Sekiranya produk ini berada di pasaran secara berleluasa, kita bimbang ramai bayi-bayi dimuka bumi ini tersedak susu.

Saya merayu kepada pihak bertanggungjawab untuk mengambil serius mengenai isu ini.



1 hari Wolverine pergi buat Manicure


Wednesday, October 31, 2012

Gambar tersembunyi

Gambar tersembunyi.. Jom kita tajam kan mata..Ada sebahagian gambar perlu tenungan yang FOKUS.. :)


Monday, October 29, 2012

Sahabat memangku sahabatnya yang rentung

Gambar yang sempat dirakamkan oleh seorang jurufoto yang tidak dikenali. Gambar menunjukkan seorang sahabat sedang memangku sorang sahabatnya yang sudah rentung. Sungguh pilu.. Huhuhu..

Amaran: Kepada ibu mengandung, sila alihkan perhatian dari klik Sile le baca lagi >>>



Bersyukurlah kawan-kawan

Ingatla, marilah kita cuba bersyukur denagn apa yang kita ada dan apa yang kita dapat. Sesungguhnya masih ada orang di luar sana lebih teruk dari kita. Hehehe..



Dikopi dari olhappens.com

Hey Sexy Lady

Sape pernah dengar lagu Gangnyam Style? Sape tak pernah dengar mungkin dia baru keluar dr gunung. Hahaha..

Ok so ni rentetan lagu dia. Betul ke semua org senyap aje waktu lagu ini berkumandang?

Kartun ni nak sampaikan yg orang duk diam sebab x paham ape yg dia cakap. Bila part "Hey Sexy Lady" baru orang tau nak nyani. Hahaha..



Dikopi dari olhappens.com

Friday, October 26, 2012

Hari Raya Aidiladha 1433H


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1433H buat semua umat Islam. Telor memohon maaf jika ada silap & salah. Jika ade kekurangan disana sini.

Mak, selamat hari raye Aidiladha juga. Telor sayang mak. Terima kasih kerana banyak berkorban untuk telor.

Telor, ini raya korban la. Bukan Selamat hari ibu. Ehh.. silap ya. Err.. Boleh la tu. Ade perkataan korban juga. Hehehe..

Selamat Hari Raya :)

Dikopi dari photoshuts

Thursday, October 25, 2012

Cuci mata di malam jumaat..

Sempena malam jumaat ni, jom kite mencuci mata.. Pilih mana satu jadi pujaan hati..

p/s: klu org yg berada di wad hospital..kalau bosan2 mlm x tau nak buat ape.. :)

Wednesday, October 24, 2012

Betul ke ade peraturan macam ini?

Huh?? Kat USM ade peraturan yang macam ini? Betul ke?


Tuesday, October 23, 2012

Adegan yang sering berlaku kepada telor

Huhuhu.. Adegan ini selalu terjadi kepada telor. Bukan sekali. Bukan dua kali. Tapi banyak kali. Ape boleh buat. Sabar aje. Huhuhu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...