Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Saturday, June 30, 2012

Iklan Sukan Olympics London 2012

Awesome. Iklan yang hebat. Sekejap lelaki. Sekejap perempuan. Sekejap lelaki. Sekejap perempuan. Hebat. Haha..



Dikopi dari YouTube

Tandas Awam Kumutoto

Terletak di Synergy Plaza, Wellington, New Zealand, tandas awam yang berbentuk seakan-akan haiwan ini pasti menarik minat mereka yang ingin sangat-sangat nak melepaskan hajat tidak kira hajat besar atau hajat kecil. Haha..

Oh ya. Tandas awam ini siap dibina pada tahun 2011. Jika berkesempatan ke Synergy Plaza, Wellington, New Zealand, pastikan korang mencuba tandas unik ini ya. Haha..


Merokok membahayakan kesihatan

Infografik yang menarik mengenai bahaya merokok. Kalau merokok juga selepas baca Infografik ini, apa yang telor boleh simpulkan, korang memang seorang perokok tegar yang hatinya telah kering. Haha..


Thursday, June 28, 2012

Cara nak lukis gambar tangan secara 3D

Jom kita belajar bagaimana nak lukis gambar tangan secara 3D. Hoho.. Menarik. Senang aje carenya. Tak susah mane pun. Telor yang tak hebat melukis ini pun boleh buat. Haha..


Wednesday, June 27, 2012

Anak buaya baru menetas

Jom kita tengok anak buaya yang baru lahir. Sebanyak 10 ekor anak buaya baru aje menetas semalam (26 Jun 2012) di Taman Buaya yang terletak di bandar Pasay, Manila, Filipina. Okeh. Jom kita ramai-ramai wish kat anak buaya ini.

"Happy Belated Birthday anak-anak buaya semua. Jangan gado-gado. Jangan nakal-nakal.." Haha..


Manusia kecil kotak besar

Manusia kecil menyebabkan kotak nampak besar. Eh silap silap. Kotak besar menyebabkan manusia nampak kecil. Haha..

Karya seni bertajuk "The Box" ini dihasilkan oleh Coke Wisdom O'Neal.


Tuesday, June 26, 2012

Monday, June 25, 2012

Twitter Menara Bing Ben

Kepada pengguna tegar Twitter, korang dah follow ke Twitter menara Big Ben? Hah? Menara Big Ben? Ala.. menara jam yang paling feymes di England tu.

Ohh.. menara tu ke. Okey okey.. Tapi.. Kenape kita orang kena follow Twitter dia telor? Hehe.. Korang tengok le dulu Twitter dia camane.


Sunday, June 24, 2012

Apabila kanak-kanak dipakse mengaku

Jom kite tengok apabile kanak-kanak dipakse untuk mengaku diatas perkara yang mereka tidak lakukan didalam rancangan Jimmy Kimmel.

Kesian adik nie dipakse mengaku pernah buang air kecil dalam kolam mandi dan pernah makan **** hidung. Kecik-kecik dah kena buli. Masuk TV pule tu. Haha..



Friday, June 22, 2012

Bagaimana iklan Burger McDonald's dihasilkan

Jom kita tengok dan belajar bagaimana iklan Burger McDonald's dihasilkan. Awesome.


Restoran Naha Harbor Diner

Di Jepun, terdapat sebuah restoran yang sangat unik bagunannya. Restoran yang bernama Naha Harbor Diner ini terletak diatas sebuah pokok tiruan. Amacam? Kagum tak? Mesti kagum kan. Hehe.. Macam biasa.. kalau tak unik, bukan Jepun namanya. Haha..


Thursday, June 21, 2012

Jika korang boring


Kereta Sport VS Anak Panah

Jom kita tengok bolehkan kelajuan kereta sport mengalahkan kelajuan anak panah?


Wednesday, June 20, 2012

Apakah bende bulat ni?

Cuba teka bende apakah ini? berbentuk bulat. Hint: Hitam Putih :)


Kopi Brazil

Iklan kopi dari negara Brazil. Dijamin tidak mengantuk.


Sebelum dan Selepas

Ape yang sebelum dan selepasnya telor? Aha.. Jom kita tengok.


Tuesday, June 19, 2012

Mesin Pizza Segera

Hoho.. Awesome. Mesin pizza segera ini boleh menyiapkan pizza pilihan korang hanya 3 minit sahaja. Cepat dan pantas. Best best.

Mesin pizza segera ini masih lagi dalam rekaan konsep. Tapi telor harap, bila ia jadi realiti nanti, awek pizza tersebut tetap ada untuk melayan pembeli pizza. Baru le semangat sikit orang ramai nak beli pizza segera. Haha..


Itik melakukan mogok jalanan

Hah?? Biar betul telor itik melakukan mogok jalanan? Macam tak caye aje? Haha.. Telor tipu aje. Jangan le korang percaye pule. Hehe..

Di China, lebih kurang 5000 ekor itik sedang konvoi beramai-ramai menuju ke kolam untuk mandi-manda. Jangan nakal-nakal ya itik semua. Ingat.. Sebelum melintas jalan, tengok dulu kiri dan kanan. Haha..


Cube teka siapa pakcik ini?

Jeng jeng jeng..

Friday, June 15, 2012

Kayuh jangan tak kayuh

Dia punyer semangat kayuh tu kalah juara dunia. Elok habis jer nanti, mau lutut terbalik ke belakang. Haha..



Dikopi dari YouTube

Meja Sticky Notes

Wow!! Meja yang boleh conteng-conteng dan lekat-lekat dari Soup Studio. Cuma malangnye meja ini adelah meja konsep aje. Adoii..


Bergusti dengan beruang

Zaman dahulu, bergusti dengan manusia mana ade kelas.. Bergusti dengan beruang baru ade kelas.. Haha.. Lelaki ini bernama Gus Waldorf dan dia bergusti dengan beruang pada tahun 1949.


Beruang yang suka panjat

Jom kita main teka-teki hari ini. Soalannye.. macam mana beruang ini boleh ade kat situ?


Thursday, June 14, 2012

Lukisan Komik

Percaya atau tak gambar komik ini adalah lukisan sebenarnya. Bukan gambar yang diambil dengan kamera lalu dibingkaikan. Haa.. hebatkan. Langsung tak nampak sedikit pun macam lukisan.

Huh?? Kenapa perlu buat kerja susah nak melukis balik kalau ambil gambar aje lagi senang? Haa.. itu le seni namanya. Seni banyak masa terluang. Haha..

Oh ya. Lukisan komik yang macam real ini dihasilkan oleh Sharon Moody.


Wednesday, June 13, 2012

Macam mana hendak jadi popular?

Ehh?? Apesal abang ni mukenya sedih aje?


Super Modern Mario Bros

Permainan Super Mario jika dimainkan dalam format 3D. Selain nampak lebih real, ianya juga lebih ganas. Sangat sesuai untuk dimainkan oleh mereka yang sukakan cabaran di alam fantasi tetapi bukan cabaran di alam realiti. Haha..



Dikopi dari YouTube

Tuesday, June 12, 2012

Subang telinga untuk telinga

Berharga lebih kurang RM132 sepasang, subang telinga untuk telinga ini boleh dibeli di sini.


Monday, June 11, 2012

Telefon Muka Buku

Designer Michal Bonikowski telah mengeluarkan rekaan telefon konsep untuk laman sosial terkenal Facebook. Hasilnya? Fuhh.. Mantop beb. Sebijik macam rupa Facebook.


Sunday, June 10, 2012

Ehh.. Kenapa dengan kaki mereka?

Cube korang tengok kaki didalam gambar ini? Gambar ini adelah gambar yang tulen. Tiada teknik "Photoshop" digunakan. Tuan punya gambar ini la yang kate. Telor follow aje ape dia kate. Hehe..


Katil untuk mereka yang pemalas

Hoho.. Bestnya katil untuk orang yang pemalas nie. Hebat. Sesuai sangat untuk telor yang kurang rajin nie. Haha..



Dikopi dari YouTube

Tasik yang tersangat jernih

Tasik yang tersangat jernih ini terletak di negara Austria. Ape benda kat dalam tasik semua nampak jelas. Mengagumkan.

Tasik kat Malaysia pula kebanyakkan nye warna tak jernih. Langsung tak nampak apa-apa. Wow.. Mengagumkan juga. Haha..



Dikopi dari YouTube

Friday, June 8, 2012

Tutup dan buka lampu penuh bergaya

Jom kita tutup dan buka lampu dengan guna pistol. Baru le nampak penuh bergaye, mutu dan keunggulan. Haha..

Berminat? Korang boleh beli lampu ini di disini. Hanya RM953 sebuah. Oh ya. Harga ini termasuk remote pistol sekali. Haha..


Wednesday, June 6, 2012

Cara sebenar nak sebut Nutella

Nutella sedap dimakan bersama roti. Jom kita belajar cara yang betul nak sebut Nutella.


Vomitron

Haha.. Ending cerita yang telor tak sangka. Best. Hehe..


Asam ada "PENGAWET" tambahan

Kelmarin aku yang penggemar asam, membeli asam jenis kebanyakkan di sebuah kedai berekon. Hasil tinjaun aku bersama rakan2ku mendapati asam tersebut mempunyai bahan "Pengawet" tambahan. Jom kita tengok bahan pengawet tu. :)

Tuesday, June 5, 2012

Tom & Jerry

Gotcha!! Kejut ke? Haha..



Dikopi dari YouTube

Monday, June 4, 2012

Jambatan Gantung Capilano

Cantiknya jambatan gantung ini. Dibina pada tahun 1889, Jambatan gantung Capilano ini terletak di atas Sungai Capilano, Vancouver Utara, Canada.

Sepanjang 450 kaki (137m) dan setinggi 230 kaki (70m) dari paras tanah, jambatan gantung ini menerima hampir 800,000 ribu orang pelancong setiap tahun.


Membuang Tatu

Jika korang terTATU, tapi tak tahu macam mana nak membuangnya, mungkin korang boleh cuba hubungi Dr. TATTOFF. Mereka mempunya kemahiran membuang tatu dengan menggunakan teknologi laser.

Semoga berjaya. Hehe..



Dikopi dari YouTube

Bagaimana Hugo Cabret difilemkan?

Jom kita lihat bagaimana Hugo Cabret difilemkan.


Sunday, June 3, 2012

Kata-kata Bill Gates

Kata-kata motivasi dari Bill Gates buat kita semua.

Friday, June 1, 2012

Iron Man Iron

Fuh.. Iron yang bergaya sekali. Sampai nak sebut namanya pun berbelit lidah telor. Cuba korang sebut "Iron Man Iron". Berbelit lidah kan? Hehe..

100% Betul

Telor setuju 100 peratus dengan gambar ini tanpa sebarang bangkangan. Agreed!! Hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...