Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Friday, May 27, 2011

Baju Telordibasuh - 02

Yahooo!!!.... Berikut adalah nama-nama yang telah terpilih untuk penghantaran ke dua baju telordibasuh. Cepat-cepat semak samada nama anda ada atau tidak. Hehehe. Apabila saya sudah poskan, saya akan bagitahu.

Wednesday, May 25, 2011

Baju Telordibasuh



Yeaaaay... Baju telordibasuh sudah saya pos kan sebentar tadi.

Sunday, May 22, 2011

Terima Kasih

Terima kasih diatas sokongan dan doa dari tuan/puan semua untuk adik saya baik di facebook, blog, sms, telefon mahupun yang datang ke rumah. Keluarga saya amat-amat hargainya. Hanya Allah dapat membalasnya. Terima kasih banyak-banyak.

Ini gambar tshirt baju telordibasuh yang telah adik saya sempat siapkan. Kepada tuan/puan yang telah emailkan kepada saya detail-detail pembelian, Insyaallah saya akan cuba poskan dalam minggu ini. Kepada tuan/puan yang nak ambil secara "by hand" pun boleh juga. Tapi harap dapat email juga detail-detail pembeliannya. Sebab saya risau kalau ada pembelian yang tercicir :)


Friday, May 20, 2011

Al-Fatihah....

25 September 1986 - 19 May 2011

Assalamualaikum wbt

Untuk makluman tuan/puan, Abdul Hakim Bin Mohd Kamal (owner Telordibasuh) telah kembali kerahmatullah pada 19 May 2011 bersamaan 15 Jamadilakhir 1432H.

Saya bagi pihak keluarga Abdul Hakim Bin Mohd Kamal memohon ampun dan maaf sekiranya beliau ada berbuat silap dan salah. Sekiranya beliau ada berhutang dengan tuan/puan, mohon hubungi saya (A'kashah) di talian 012-2724525. Insyaallah saya akan cuba langsaikan hutang tersebut.

Kepada sesiapa yang telah menempah t-shirt Telordibasuh, diharap dapat mengemailkan semula alamat, jumlah bayaran, saiz baju dan warna baju ke email saya, telordibasuh@gmail.com untuk tujuan pengeposan. Insyaallah, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengedarkan t-shirt tersebut dalam masa yang terdekat.

Saya bagi pihak keluarga Abdul Hakim Bin Mohd Kamal mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua. Segala jasa baik tuan/puan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Saya memohon semoga tuan/puan dapat mendoakan beliau supaya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Al-Fatihah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...