Zaman dahulu tak ada photoshop. Jadi, pada Perang Dunia Pertama atau sekitar tahun 1918-1919, dua orang jurugambar bernama Arthur S Mole dan John D Thomas telah menggunakan orang sebenar untuk mengambil gambar yang hebat ini. Mereka berdua telah ditauliahkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk mengambil gambar sebagai cara untuk meningkatkan semangat di kalangan tentera dan meningkatkan wang kerajaan Amerika Syarikat dengan menjual gambar ini kepada orang ramai semasa Perang Dunia Pertama.
Human Statue of Liberty, 1918
Okeh. Berapa orang yang digunakan unutuk mengambil gambar Statue of Liberty ini? Bukan seratus dua ratus ya. Tetapi seramai 18 ribu orang. Semuanya lelaki. 12 ribu daripada mereka digunakan untuk membentuk obor itu sahaja.
Wahh.. banyaknya orang. Respek kat mereka-mereka ini. Jarak antara orang yang berada di obor dan orang yang berada dikaki Human Statue of Liberty ini pula adalah sejauh setengah batu atau lebih kurang 800 meter. Wahh.. Jauhnya.
Living Portrait of Woodrow Wilson, 1918
The Human American Eagle, 1918
Official Seal of the 11th Division, 1918
The Human U.S. Shield, 1918
Machine Gun Insignia – Machine Gun Training Center, 1918
The Human Liberty Bell, 1918
Living Emblem of the United States Marines, 1919
1st Field Artillery Brigade, 1st Division, 1919
The Living Uncle Sam, 1919
209th Engineers, Camp Sheridan, ALA, 1919
Tak dapat telor bayangkan, macam mana mereka boleh berdedikasi dan berdisiplin ketika semua gambar ini hendak diambil. Bukan senang nak uruskan orang yang begitu ramai. Silap urus, rusuhan yang jadi. Hehe.. Apa-apapun, mereka yang terlibat dalam menghasilkan gambar ini memang hebat. Terbaik. Telor sangat kagum.
Dikopi dari mymodernmet
6 comments:
WAHHHHHHHHHHHH!
dasat gila
Hebat lah hebat :O How come diorang boleh kreatif gila ni :D HAHA
fuyohhh superbb!
smart2.. :)
hebat gilaaaaaaaa!!! :D
Post a Comment