Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Sunday, May 22, 2011

Terima Kasih

Terima kasih diatas sokongan dan doa dari tuan/puan semua untuk adik saya baik di facebook, blog, sms, telefon mahupun yang datang ke rumah. Keluarga saya amat-amat hargainya. Hanya Allah dapat membalasnya. Terima kasih banyak-banyak.

Ini gambar tshirt baju telordibasuh yang telah adik saya sempat siapkan. Kepada tuan/puan yang telah emailkan kepada saya detail-detail pembelian, Insyaallah saya akan cuba poskan dalam minggu ini. Kepada tuan/puan yang nak ambil secara "by hand" pun boleh juga. Tapi harap dapat email juga detail-detail pembeliannya. Sebab saya risau kalau ada pembelian yang tercicir :)




36 comments:

Sha-na.Szied said...

Ameen ameen ya rabbal alamiinn..
Ada jasa arwah hakim kepada peminat2 die.. cantik sngt baju2 tuh..

semoga keluarga encik tenang..Takziah sy ucapkan.. Dulu selalu lepak blog dia. hilang tensen ..

Rozuan Ismail said...

Sedih.Dia telah pergi.Namun sekurang-kurangnya baju ni dapat lepaskan kerinduan terhadap dia

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum...

Harap jika tiada sebarang masalah dan isu-isu tertentu.., kembalikanlah rupabentuk dan isi kandungan blog ini kepada sediakala @ asal agar jika ada kebaikkan darinya, maka dapatlah dijadikan ikhtibar pada orang lain...

kay-N said...

hmmm..saya xmenyesal order aritu..at least saya dapat kenangan selama berkawan dengan hakim..Al Fatihah sekali lagi untuk hakim..

nEuR0 shEwAzni said...

saya nak . tapi tak sempat order .

emm tak buleh order lagi ke ?

cik maz said...

Alfatihah..

sedih sgt3..harap sgt2 lepas ni adik beradik arwah updatekan blog ni..xkire la cerita ape2 pun..atleast boleh jd ubat kerinduan kami as follower beliau..

Nobita Sensei said...

jangan tutup blog ni.

oh nudra said...

jangan tutup please

nunui Joe said...

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. Al-fatihah~

Addam Juhari said...

Takziah pada arwah Hakim, moga ditempatkan di tempat baik2.. sesungguhnya mati itu perkara yang pasti, dan hidup, Insya-Allah..


ps: ada juga kenangan aku ngn blog ni

Jamban Comel said...

saya nak tempah hasil terakhir peninggalan arwahh kalau boleh :'),teringin sangat nak baju tuh

Affan Ruslan said...

menyesal tak order haritu :(

Affan Ruslan said...

Serius baju tu lawa.

Boleh order baru tak? Tp macam membebankan abg die pulak heheh

ABU said...

sedih..:(
semoga arwah tenang di sana..

Encik Amie said...

sy ada order haritu dan ada janji nak ambil by hand dgn adik saudara. Jd mcm mana sy nak hubungi saudara untk dptkan baju ni?

BLADE EDGE said...

salam...

setuju dgn komen Ahmad Zaki. saya pun berharap blog ini dibiarkan dlm keadaan asalnya seperti mana sebelum ni. segala info2 yg berguna tu at least boleh terus menjadi pengetahuan buat semua blogger yg lain. kalo ada pahala drp segala kebaikan yg dibuat tu menerusi blog ni, paling tidak boleh jadi pahala buat arwah sbg bekalan kat sana...

sYaza said...

seeediihh~sebak bile tgk baju ni....arwah tinggalkan byk kenangan...smoga arwah tenang di sana..amiiiiin~

Cik Cempaka said...

terasa pilu pulak bila tengok baju-baju ni semua...

adrinaqamarina said...

kalau nak tempah lagi boleh tak?
:)

ktorang nak kenang-kenangan.

Norasiah Nasir said...

x sempat nk order..sbb dah soldout..boleh request..nk jd kenangan..dan blog ni jgn la tutup yek..

salam takziah..

al-fatihah

The Informist said...

Al-Fatihah.

-telordibasuh- said...

Terima kasih diatas doa dan sokongan semua rakan2. InsyAllah. blog ini akan terus wujud :)

Untuk tshirt pula, jika ada ramai permintaan, saya akan buka semula tempahan. Keuntungan dari jualan tshirt ini, saya ingin sedekahkan kepada Abdul Hakim. Nanti apa2, saya update lagi ya.

Terima Kasih semua.

mushroom said...

cantik baju tuh.. kalau ada duit saya dah beli dah dulu.. memang smart designnya

diba said...

cntik bju tu~

fara azmi,,^_^ said...

Al-Fatihah untuk arwah,,

saya pun nak blog ni seperti sedia kala,,
sekurang-kurangnya terubat rindu semua kat arwah dengan tengok entry-entry lama dia,,,

dan saya nak tempah baju tu kalau tempahan dibuka semula,,

terima kasih,,

Imran said...

Maknanya telah tamatlah riwayat seorang insan yang kerdil namun cekal hati dan bersabar terhadap tohmahan - tohmahan insan - insan kerdil yang lain . Maka tamatlah juga riwayat blog ini . Semoga arwah ditempatkan oleh Allah bersama mereka - mereka yang beriman . Amin .

fairuz said...

arwah ade tanye haritu. tapi xsempat nak tempah. busy. hmm nak booked kalau tempahan dibukak lagi k. :)

aza shafiza said...

kalau tempaHAN dibuka lg,sy nk tempah jugak...

al-fatihah

Encik Amie said...

bila sy bole amik tempahan? bole kontek sy di en.amie@gmail.com..bole email atau cari sy di facebook..di harap dapat amik secara by hand, sy skarang baru start kerja di Bangsar, Kuala Lumpur. kalau tuan dah pos kan baju tu sila inform sy awal skit..

Nisa Kay said...

boleh sy order baju ni???
contact me at fb : Nisa Menaip

ibnu marzuki al firdaus said...

tempahan dah banyak, awat tak open? kata mau sodokah...

hudazida said...

takziah kepade keluarga arwah..sy pon rase mcm nak order..ape2 nnti update ye..:)

darxniq said...

nk oder baju nih....kalau ada lagi...email niq at..

darxniq@gmail.com

mynameismy said...

ruginye tak sempat mengenali arwah..

Alfatihah~

Fee (: said...

Assalamualaikum ,

Seriously fee mcm tak percaya arwah dah kembali ke rahmatullah ):
Semoga beliau berada di kalangan orang yang beriman, amiinn ~

Takziah.

adam izzuddin said...

naper arwah ninggal???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...