Hohoho. Berita baik kepada peminat cerita Back to the Future. Versi elektrik kereta DeLorean boleh dibeli pada tahun 2013, seperti yang diumumkan oleh Syarikat Motor DeLorean Texas.
Kenderaan berkuasa motor elektrik ini akan mempunya 260 kuasa kuda dan boleh memecut 0-100 kmh dalam masa 4.9 saat sahaja. Hohoho. Laju-laju. Bila memecut ini, agak-agak tayar akan terbakar tak macam cerita Back to the Future? Haha..
Kereta DeLorean ini menggunakan kuasa bateri Flux LifePO4 untuk menjanakan kuasanya. Laa.. telor ingatkan guna kulit pisang aje macam dalam cerita. Haha.. Ianya memerlukan 3.5 jam untuk mengecas baterinya daripada kosong kepada full. Apabila bateri penuh, kereta DeLorean ini boleh bergerak sejauh 160km sebelum perlu dicas semula. Waranti bateri yang diberikan adalah selama 7 tahun.
Ok. jom kita kembali ke masa hadapan. To infinity... and beyond! Ehh silap. Itu bukan tag line Toy Story ke? Belasah aje la. Haha..
Dikopi dari cutefunnystuff
1 comment:
First. Haha..
Post a Comment