Bandar London memang terkenal dengan bas dua tingkat. Ala.. gambar bas yang ada kat keropok tu. Masih lagi keliru? Okeh, sape kat sini pernah baca page "About owner telordibasuh!!!", mesti perasan ada gambar bas disitu. Haa.. itula bas dua tingkatnya.
Bas-bas dua tingkat lama ini akan digantikan dengan bas yang baru. Ini adalah prototaip bas baru tersebut yang direka oleh The Wright Group dan Thomas Heatherwick. Lebih dikenali sebagai bas double-deckers, bas baru ini dijangka akan mula beropersi pada bulan Februari 2012.
Dengan menggunakan teknologi hibrid yang paling terkini, bas double-deckers baru ini menjimatkan bahan api 15 peratus lebih berkesan daripada bas hibrid sedia ada dan 40 peratus lebih jimat daripada bas double-deckers lama yang berkuasa diesel.
Reka bentuk bas double-deckers baru ini juga akan mempunyai tiga pintu dan dua tangga, menjadikan ia lebih cepat dan lebih mudah untuk penumpang menaiki dan turun daripada bas berbanding bas double-deckers lama.
Hoho.. Terbaik. Kalau sape-sape pergi bandar London tahun depan, pastikan jangan lupa naik bas baru ini ya. Rugi la datang jauh-jauh, tak naik bas. Haha..
Dikopi dari dezeen
3 comments:
wahhh canggih!
gle smart bas die..mcm bullet train dr dpn..huhuhu
http://pendapatniaga.blogspot.com/2011/12/modal-masalah-ke-malas.html
woah! comel gilaa double-decker yg baru nie. rse cm nk naek skrg gak! huhu
oh btw i've something for u Telordibasuh :)
http://blogslucumenarik.blogspot.com/2011/12/berkenalan-dengan-telur-seribu-tahun.html
Post a Comment