Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Tuesday, January 24, 2012

| telOrDigOreng |

Gambar telur goreng dikopi dari petitchef

Mungkin ada yang perasan. Mungkin ada yang tidak. Blog telordibasuh nie, kadang-kadang postnya ditaip oleh -telOrDibAsuh-, kadang-kadang postnya ditaip oleh | telOrDigOreng |. Ade perasan tak? Err.. ke korang langsung tak perasan? Alamak, telor sorang aje ke yang perasan korang perasan? Malu le pule. Hehe..

Okey. Siapa | telOrDigOreng | nie telor? Yang telor boleh konfem, | telOrDigOreng | nie bukan telor. Nama pun dah lain. Lagipun nama -telOrDibAsuh- lagi sedap dari nama | telOrDigOreng |. Betul tak? Haha..

| telOrDigOreng | nie kawan telor sebenarnya. Telor ajak dia untuk sama-same mengupdate blog telordibasuh ini. Bagi sesiapa yang pernah membeli tshirt telordibasuh, | telOrDigOreng | ni la designernya. Haa.. Cun kan logo telordibasuh tu? Sebijik rupa telur kan? Hehe..

Okeh. Itu sahaja pengenalan buat | telOrDigOreng |. Nanti kalau telor lebih-lebih cerita, takut | telOrDigOreng | bangga pula. Haha..

Perenggan akhir, terima kasih ya kepada semua pembaca blog telordibasuh. Kami (-telOrDibAsuh- & | telOrDigOreng |) memohon maaf sekiranya kami tidak dapat memberikan feel blog telordibasuh ini seperti dahulu. Cuma, kami akan berusaha untuk berikan yang terbaik kepada anda semua. Segala sokongan dan kritikan daripada anda semua, amat kami hargai. Terima kasih banya-banyak :-)


*** Al-Fatihah buat Allahyarham Abdul Hakim Bin Mohd Kamal. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Al-Fatihah....


9 comments:

+qasih nadira+ said...

walaupun bukan editor y sama,tp aku tetap rasa feel yang sama seperti dulu.'yang patah,tetap kan tumbuh.yang hilang,walaupun berbeza tapi tetap berganti.'

epalejau said...

sedapnyaaaaa telor goreng! feveret ever after tuuuu..;)

al-fatihah untuk arwah.

takpe tak sama. identiti takde sape yang sama. atleast awak berdua dah cuba yang terbaik kan?:)

dah LAMA dah said...

terkedu & pilu plak rasanya.....touching!!!!!!!!!

Wow..rupa2nya dah lama aku follow blog ni...dari arwah ada sampai hari ni....
salam takziah dari saya
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
...........19 May 2011

w,lau apapun kau 2org tetap TELOR.....
aku tetap jenguk kt sini...wpun blm jd "kawan"...

dahLAMAdah

nurulnadiaroslan said...

alfatihah.. semoga arwah ditempatkan dengan orang2 yang beriman..

saya tiap2 hari jenguk page ni tau. keep it up #gengtelor the best :P

THE GREEN said...

maybe laa.. ada jugak rasa yg blog ni dah lain sikit 'feel'nya berbanding masa penulis asalnya dulu. tp drp entri2 yg dah publish selepas era arwah, blh nmpk la usaha telor2 :-) yg baru utk kekalkan momentum blog ni sbgmana asalnya..tp xper la..para pembacanya masih setia dan bg sokongan..keep it up!

al-fatihah buat arwah...

Puan FH said...

Al-fatihah utk arwah... rsa sebak dihati pula.. Lama dh follow blog ni... pepun tq ats usaha kalian bdua mhidupkn blog ini stelah arwah hakim tiada..

Cik Bucken said...

still rindu dengan original telordibasuh...garapan dan ayat beliau boleh tegelak even belom lagi tengok paparan entry beliau..maybe sbb tu kdg2 ada entry yg dipost xdpt smbutan drpd pembaca.disebabkan..'feel' yg kami rs dlu dh brubah dgn sekarang..trima dgn positif ye:)

-telOrDibAsuh- said...

Terima kasih diatas semua sokongan dan pandangan ^_^

anakcikbob said...

rindu dekat arwah. :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...