Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Wednesday, January 11, 2012

Buku yang gembira

Setiap malam, selepas kedai buku ditutup, apa yang berlaku kepada buku-buku tersebut? Jika cerita Toy Story, setiap kali Andy tiada, mainan-mainan tersebut akan bergerak-gerak. Begitu juga apa yang berlaku kepada buku-buku tersebut setiap malam. Mereka bergerak-gerak dan bergembira apabila telah seharian kaku seperti batu. Hehe..

Video stop-motion yang menarik ini dihasilkan oleh Sean Ohlenkamp bersama isterinya Lisa serta dibantu hampir 20 orang pekerja. Mengagumkan bagaimana mereka susun buku-buku tersebut satu persatu agar video ini boleh dihasilkan. Sangat menguji kesabaran dan semangat tidak mudah putus asa. Telor punya semangat kesabaran pun tak tinggi macam ini. Haha..



Dikopi dari thisiscolossal

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...