Pulau Jindo yang terletak di Korea Selatan, mempunyai kejadian semula jadi antara yang menakjubkan di dunia, yang dipanggil Keajaiban Musa oleh penduduk setempat.
Dua kali dalam setahun, jalan tanah sepanjang 2.8 kilometer (1.7 batu) dan 40 meter (0,025 batu) lebar terhasil semasa air pasang rendah. Jalan tanah ini membolehkan penduduk setempat dan pelawat berjalan kaki ke Pulau Jindo dari Pulan Modo dalam tempoh satu jam sebelum air pasang semula.
Fenomena ini berlaku tanpa mengira kelajuan arus atau gelombang.
Pelawat dari seluruh dunia datang untuk menyaksikan keajaiban ini dan merasai sendiri berjalan kaki dari Pulau Modo ke Pulau Jindo.
Jika bernasib baik, ketika anda berjalan, anda boleh menemui beberapa perkara yang menarik seperti tapak kaki sulaiman dan ikan hidup yang masih terdampar di tanah.
Menurul lagenda masyarakat Korea, pada zaman dahulu, Kampung Jindo telah diserang oleh harimau dan semua penduduk kampung telah berlari ke Pulau Modo untuk menyelamatkan diri. Semua penduduk sempat melarikan diri, kecuali bagi seorang perempuan yang tidak sempat melarikan diri. Hampir berputus asa, perempuan tersebut telah memohon pertolongan kepada Dewa Laut. Keajaiban berlaku, jalan tanah ini tiba-tiba muncul dan membantu perempuan ini menyelamatkan diri daripada harimau tersebut. Sejak dari itu, penduduk setempat memanggil kejadian ini sebagai Keajaiban Musa.
Dikopi dari izismile
9 comments:
subhanallah.....cantiknye
Kuasa Allah...
Maha Suci Allah.. :)
masyaallah..nak pegi la..nak tgk sendiri.tp ntah bile
Subhanallah. Cantik!
MasyaAllah..nak pegi!!
waaaaaaaaa
tapak sulaiman! comellllll
tiba2 bjln air pasang balik... tak ka naya.. haha
telor mcm pembaca berita tulis n3 nie,, skema2 hikhikhik
ni nk kene g korea nih.. *ceh alasan
Post a Comment