Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Friday, November 4, 2011

7 Billion Orang

Pada 01 November 2011 yang lepas, penduduk dunia telah melepasi 7 billion orang menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Wow, ramainya orang.

Menurut laporan Adam Cole & Maggie Starbard, kebanyakkan penduduk dunia hari ini tinggal di benua Asia. Paling ramai sekali di negara India dan China. Pada tahun 1804, penduduk dunia waktu tersebut hanyalah seramai 1 bilion orang sahaja. Oleh kerana taraf hidup, pemakanan dan penjagaan kesihatan yang lebih baik, penduduk dunia secara mendadak telah meningkat kepada 7 billion orang dalam masa 200 tahun sahaja.

Menurut unjuran PBB, penduduk dunia dijangka mencecah 10.1 bilion orang menjelang tahun 2100. Video dibawah ini menjelaskan bagaimana pertumbuhan penduduk dunia berlaku. Jom kita tengok bagaimana penduduk dunia boleh mencecah 7 bilion orang :-)



Dikopi dari npr

1 comment:

shahzero said...

Info yang best. Banyak kan info yang macam ini ya abgtelor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...