Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Tuesday, November 8, 2011

Badak Sumbu Hitam

Bagaimana cara untuk memindahkan seekor badak sumbu hitam di Afrika Selatan?













Tadaa.. dengan menaiki helikopter tu. Hebat hebat. Badak sumbu ini sudah ditidokan sebelum naik helikopter. Kalau tak ditidokan, mahunya pening pilot helikopter nak melayan kerenah badak sumbu ini. Sekejap nak ke sana. Sekejap nak ke sini. Tak bawa, takut ditanduknya pula nanti. Haha..

Okey. Ini cerita yang sebetulnya. Badak Sumbu hitam Afrika sekarang ini sedang kritikal diancam kepupusan kerana pemburuan haram memburu mereka untuk mendapatkan tanduk mereka. Di Afrika Selatan sahaja, 341 ekor badak sumbu telah dibunuh pada tahun 2011, meningkat daripada 333 untuk semua tahun 2010.

Kumpulan pemuliharaan WWF membantu kerajaan Afrika Selatan untuk melindungi badak sumbu hitam ini dengan mengangkut mereka dari Cape Timur ke wilayah utara Limpopo, 1000 batu jauhnya, melalui udara.

WWF memberi badak sumbu ini perjalanan menaiki helikopter secara terbalik. Sudah tentu, veterinar menyediakan haiwan telah menututup mata mereka dan memberikan ubat pelali sebelum menaiki helikopter tersebut.

Walaupun nampak macam tidak selesa kepada badak sumbu hitam tersebut, pakar memberi jaminan bahawa ini adalah lebih mudah kepada mereka daripada cara-cara lain pengangkutan.

Taman Kragga Kamma Game Park di Afrika Selatan pula melindungi badak sumbu hitam ini dengan memotong tanduk mereka.

Badak sumbu tanpa tanduk berkemungkinan tidak akan dibunuh oleh pemburu haram ini.

Dikopi dari izismile

7 comments:

Unknown said...

haishh..kalo jatuh camne? cian badak 2..

blog-tips-kurus said...

hebat!
tadi search juga gambar badak terbang ni tapi tak jumpa. aci tak saye kopipes? u r credited. tq in advance bro! (>.<)

blog-tips-kurus said...

hebat!
tadi search juga gambar badak terbang ni tapi tak jumpa. aci tak saye kopipes? u r credited. tq in advance bro! (>.<)

-telOrDibAsuh- said...

Kopi aje. Telor pun kopi aje dari internet. Tak perlu la kredit. Bukan telor punya post pun. Telor mengopi aje. Hehe

daradaraRETRO said...

kalau jatuh kompem bergegar kawasan .

Donna said...

Anak badak comel ~

Ann Ishak said...

sedih plak bila di potong tanduknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...