Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Friday, February 3, 2012

Gambar kereta lama

Artis Alícia Rius dari Sepanyol telah menghasilkan satu koleksi gambar mengenai kereta lama yang telah ditinggalkan. Amacam? Cantik tak gambar-gambar ini?







Bila terpandang gambar kereta-kereta lama ini, teringat waktu telor kecil-kecilan dulu. Dulu, telor pernah disuruh buat karangan saya sebuah kereta. Majoriti karangan budak-budak waktu tersebut, mesti endingnya macam ini.

"Saya sedih apabila setelah berkhidmat kepada tuan saya selama 20 tahun, akhirnya saya ditinggalkan begitu sahaja ditempat pembuangan sampah. Begitulah nasib saya sebuah kereta".

Haa.. majoriti karangan mesti macam itu. Tak best langsung ceritanya bila telor imbas kembali. Haha.. Tapi kalau la telor diberi peluang semula untuk buat karangan saya sebuah kereta, mesti telor akan buat macam ini.

"Saya adalah sebuah kereta perisik British yang digunakan oleh penyiasat terkenal Johnny English. Sepanjang khidmat saya kepada tuan saya selama 20 tahun, saya telah berjaya menewaskan pengganas seramai 333 orang dengan menggunakan teknik drift yang saya warisi dari ibu saya, sebuah kereta sukan bertaraf olimpik.

Sehingga sekarang, saya masih lagi sebuah kereta perisik British yang disegani sehingga dianugerahkan dengan pingat kereta rakyat 1 England oleh Putera Charles."


Haa.. amacam karangan baru telor mengenai saya sebuah kereta. Gempak kan? Hahaha..

Dikopi dari flavorwire

4 comments:

kueh bakar said...

hahaha.1 england.

bila kita telah melalui 30 tahun kehidupan. dan pendapat kita sama dengan 30 tahun dulu..kita telah membazir masa selama 30 tahun sebenarnya...

Xeera said...

hahaha. karangan telor boleh dpt A++. menangis cikgu baca.. :)

~Nur Zulaiha~ said...

sy tak bt karangan sy sebuah kereta, tp sy sebatang pen.. endingnya pon sama... hahaha
kelakar la kamu nie~~

-telOrDibAsuh- said...

:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...