Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Sunday, February 19, 2012

Apabila sayuran menjadi haiwan

Jika di Malaysia, ada logo Halal pada makanan, di negara barat pula, mereka ada logo "GMD Free". Apa itu "GMD Free"? Jika pemahaman telor tak salah, "GMD Free" ini bermaksud sayuran yang ditanam secara tidak organik. Maksudnya genetik sayuran tersebut telah diubah agar sayuran tersebut tahan lebih lama, cepat membesar untuk dituai dan cantik rupanya. Err.. Telor rase la. Kalau salah maaf la yea. Hehe..

Agensi BBDO Moscow telah menciptakan iklan ini untuk pertubuhan Greenpeace bagi mendidik para pengguna mengenai makanan yang telah diubahsuai secara genetik. Mereka membuat makhluk daripada sayur-sayuran untuk menekankan tujuan kempen mereka iaitu "Adakah anda tahu apa yang anda makan?"

Teks kecil iklan ini pula berbunyi: "DNA tumbuhan yang diubahsuai secara genetik mungkin mengandungi gen serangga, haiwan atau mungkin juga virus. Produk-produk ini mungkin menyebabkan bahaya kepada kesihatan anda. Lihat logo "GMD Free" pada makanan sebelum membeli."




Hebat iklan mereka kan? Kempen logo Halal di negara kita pun boleh juga menggunakan cara ini. Kita letak tagline yang sama macam dia juga "Adakah anda tahu apa yang anda makan?". Cuma, teks kecil kita ubah sikit supaya ianya berbunyi macam ini:

"Makanan yang tiada logo Halal mungkin mengandungi gen haiwan hidung penyet. Produk-produk ini akan menyebabkan bahaya kepada kesihatan anda. Lihat logo "Halal" pada makanan sebelum membeli."

Katekan kita guna gambar tin sardin. Kita susun la tin sardin tu agar membentuk rupa haiwan hidung penyet. Mesti gerun kan nak beli makanan yang tiada logo Halal selepas tu. Haha..

Dikopi dari mymodernmet

7 comments:

yaya said...

cmel2 je syur tu tukar jdi haiwan..haiwan hdung penyet..kompem xdek yg snggup beli..

| telOrDigOreng | said...

Tapi yg bez nye klu idung penyet tu lepas pegang x payah samak..ahhaha

-telOrDibAsuh- said...

Haha..

misyamissyou said...

haha idea yg bagus tu..leh up kan kat kementerian penerangan ni telor

~Nur Zulaiha~ said...

nak carrot!!

-telOrDibAsuh- said...

Hehe :-)

cweet pinky said...

hehe , menakutkan larr ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...