Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Saturday, May 19, 2012

Kebakaran Bazaar Larut Malam@Seri Kembangan



Kejadian berlaku lebih kurang jam 7:45pm tadi(18/5/2012) tatkala aku berada di restoran Azhar Maju di Seri Kembangan. Kelihatan orang ramai sedang berpusu menuju ke arah Bazaar Larut Malam betul2 di sebelah restoran tersebut. Atas dasar ingin tahu, aku bergegas ke tempat kejadian. Aku mengambil masa hampir 5-8 saat utk ke tempat kejadain dan aku terpaku seketika. Tu dia! Api kelihatan bersama asap2 hitam telah memakan sebahagian dari salah satu kedai(booth) di situ.

Orang ramai memberi kerjasama untuk memadamkan api yang sedang marak tersebut, namun kuasa api dan bahangnya telah menyebabkan 6 buah tapak kedai telah terbakar. Walaubagaimanapun, api tersebut mulai reda setelah oarang ramai termasuk pak guard dr Heritage Apartment memberi pertolongan dengan memberi pinjam pemadam api bangunan tersebut. Restoran Azhar Maju juga turut menyumbangkan pemadam api tersebut.

Tidak lama kemudian 2 buah kereta bomba(lori ke kerete? erm..) datang untuk membantu memadamkan api tersebut. Anggota bomba mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk memadamkan api tersebut sepenuhnya. Terima kasih abang bomba dan orang awam.

Hasil dari penggunaan kaedah intipan bahu, aku mendapat tahu kemungkinan punca kebakaran adalah dari short circuit. Namun ia masih lagi di dalam proses penyiasatan.

Dengan menggunakan kaedah yang sama seperti di atas, aku juga mendapat tahu bahawa kedai yang terbakar ialah kedai menjual tshirt jersey, spek mate(aku terdengar brother tu kate "Ribbon semua habis..") dan kedai aksesori pemetik api yang turut menyumbang kepada kemarakan api tersebut.

p/s: Kamera hand phone aku yang tinggi daya kualitinya..Sori :)

4 comments:

Unknown said...

jentera bomba..

| telOrDigOreng | said...

ic..hahaha

-telOrDibAsuh- said...

IC tu no kad pengenalan kan? Hahaha..

| telOrDigOreng | said...

tak la.nama panjang dia, i see u in court.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...