Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Tuesday, March 5, 2013

Ferrari LaFerrari

Pada pameran kereta Geneva Motor Show 2013 (07-17 Mac 2013) yang sedang berlangsung sekarang ini, Ferrari telah mengenalkan kereta terbaru keluaran mereka iaitu kereta Ferrari LaFerrari.

Dikuasakan dengan kuasa kuda 800hp + 163hp dari enjin elektrik, Ferrari LaFerrari yang berkuasa 963hp ini boleh memecut dari keadaan pegun kepada kelajuan 100 km/j kurang daripada 3 saat. 7 saat untuk mencecah kelajuan 200 km/j dan Ferrari LaFerrari ini mampu mencecah kelajuan sehingga 330 km/j.

Hohoho.. Walaupun telor rase kereta terbaru Ferrari ini rupe dia tak begitu memberangsangkan & menggairahkan (Hahaha..), tapi yang penting, kereta Ferrari LaFerrari nie laju tersangat-sangat. 330 km/j tu.. Kalah kelajuan kereta kancil subaru bercaler biru yang pernah dinaiki telor. Hahaha..
















Dikopi dari laferrari & autoblog

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...