Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Thursday, June 30, 2011

Perbezaan

Ini lah permainan cari perbezaan gambar yang paling kejam telor rase. Hehehe

Wednesday, June 29, 2011

Apa jawapan nya?

Jom cuba jawab. Telor dah cuba jawab. Nasib baik jawapan telor betul. Kiranya telor ni hebat juga la kan. hehehe

Jangan klik link ini sebelum jawab ya. Tak best la main tipu... Hehehe

Tuesday, June 28, 2011

Petua hari ini

Jika anda tidak boleh meyakinkan mereka, maka kelirukan mereka. hehehe.

Monday, June 27, 2011

Tampal, potong dan undur

Kalau di dalam dunia sebenar, inilah dia nya alat untuk tampal, potong dan undur. Hehehe.

Sunday, June 26, 2011

Burung marah sebenar

Anda semua pernah main permainan burung marah? Kalau dalam bahasa melayu nya "Angry Bird". Hehehe. Telor rase sape yang ada telefon Android dan Iphone mesti pernah main permainan ini. Macam telor yang guna telefon Nokia tiga tiga sekupang ini, telor main kat browser aje. Tak mampu nak beli telefon yang mahal-mahal tu. Hehehe. Tapi itu dulu. Sekarang ini permainan burung marah dah boleh dimainkan secara langsung. Best. Sangat awesome.

Inilah namanya kawan sejati - 2

Sebelum ini telor ada publishkan satu video dimana 3 sekawan ini mencari kerja. Sape yang terlepas post tersebut, sile la klik di SINI SINI SINI SINI SINI ya. Heheheh

Haa.. video kali ini pula, bila 3 sekawan ini dah dapat kerja. Best. Kesian si bos. Asyik kena aje dengan 3 sekawan ini. Nasib... nasib... Heheheh.

Saturday, June 25, 2011

Transformers 3 - Dark of the Moon

Ini adalah movie terbaru Transformers iaitu Transformers 3 - Dark of the Moon yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 30 Jun 2011 ini. Jadi, apa yang best dengan cerita ini?

Lepaskan jari anda

Org melayu kate sejuknya video ini... orang putih kate pula cool lah video ini... Hehehe. Apa bahasa guna pun, video ini memang sejuk. Telor nak buat gaya ini depan kawan telor lah. Nak tengok dia kagum ke tak. Hehehe.

Friday, June 24, 2011

Tetris

Inilah original permainan tetris. Awesome sangat. Telor pun nak join main la. Mesti best. Hehehe.

Thursday, June 23, 2011

Inilah namanya kawan sejati

Wahh... Bestnya kalau dapat kawan sejati macam ini. Sporting gila. Errr.. sape sudi nak tolong telor dapatkan kerja baru dengan cara macam ini? Telor nak mohon kerja kat Petronas. Hehehe

Wednesday, June 22, 2011

Comelnya muka... Hehehe

Kui.. kui.. kui.. Memang sebijik. Jika selalu baca surat khabar, mesti tahu karikatur tu apa. Sape yang tak tahu tu... nampak sangat jarang baca surat khabar. Kantoi... hehehe

Tapi macam mana la gamaknya kalau muka karikatur ini benar-benar wujud. Haa.. macam ni la kot mukanya. Mesti nak ketawa aje bila bercakap dengan mereka-mereka ini kan. Hehehe. Apa nak buat. dah nasib badan... Heheheh.

Tuesday, June 21, 2011

Baik punya strategi

Hehehe. Strategi pemasaran yang bagus sekali. Guna teknik pakse rela. Cayalah. Hehehe

Persediaan untuk hari raya

Hari raya Aidilfitri hampir tiba. Ehh? Yea ke hampir tiba. Macam lambat aje lagi kan. heheh.

Jadi, sebagai persediaan awal untuk mengelakkan biskut kesayangan anda daripada habis di serbu oleh kanak-kanak, boleh la simpan di dalam balang zombie ini. Mesti kanak-kanak takut nak makan biskut tersebut. Tapi kalau tips ini tidak berjaya, jangan marah ya. Hehehe

Monday, June 20, 2011

Telor cinta

Jom kita belajar buat telor cinta. Lepas dah siap, mesti sayang nak makan telor tu kan. hehehe

Sunday, June 19, 2011

Teori yang paling tepat

Hehehe.. Ini lah teori yang paling tepat sekali telor rase. Betul tak? Hehehe.

Cara-cara nak tukar water cooler

Pernah tak lalui satu situasi dimana bila kita nak minum water cooler, water cooler tersebut telah habis. Haaa.. Di sini ada satu teknik bagaimana nak tukar water cooler dengan cara yang begitu efisyen sekali. Best. Nanti telor nak cuba la. Hehehe.

Saturday, June 18, 2011

Boleh tolong cari badan saya?

Gerun tak tengok gambar kepala aje tanpa badan? Langsung tak gerun kan. Heheh.

Cara-cara nak berhenti kerja

Ini adalah contoh-contoh surat kalau nak berhenti kerja. Boleh la pilih mana satu idaman kalbu. heheh :)


Suratnya pendek dan tidak rasmi

Friday, June 17, 2011

11 Poster Filem yang "Erk"

1. Filem: The A-Team

Cube perhatikan kasut org depan tu..hahaha
"ko tgh pijak kaki aku ke tu..x rase pape pun"

Thursday, June 16, 2011

Surat paling stylo

Hehehe. Inilah surat paling sylo telor rase. Surat di antara pekerja dan bos. Apa yang stylo nya? Cube teka.. cuba teka.. hehehe. Telor nak cuba la bagi surat ni kat bos telor. Tgk bos telor paham tak. Hehehe.

Muka Pelik

Tolong... Telor pening. Mana satu yang betul nie? Muka mamat nie dari depan ke dari tepi? Pening.. Pening..

Tuesday, June 14, 2011

Bosan tak hari ini?

Jom hari ini kita belajar buat kapal terbang. Telor tahu semua orang mesti bosan hari ini kan. Senang aje cara buatnya. Hehehe

Monday, June 13, 2011

Ayam

Telor dah jadi ayam betina walaupun telor nie telor jantan. Comel kan? Hehehe.

Sunday, June 12, 2011

Sehati Sejiwa

Hari ini hari Ahad. Tak keluar bersama buah hati ke hari ini? Asyik duduk kat rumah aje. Bosan la.. hehehe. Bila nak keluar nanti, plan la dengan buah hati nak pakai baju sedondon. Kala si dia setuju, bagus la. Itu tandanya sehati sejiwa. Kalau si dia tak setuju, emmm.. makna nya si dia......???? Sila la jawab sendiri ya. Heheheh

Saturday, June 11, 2011

Comelnya bibir dia...

Wah.. Comelnya bibir. Ini adalah cara terbaru untuk solek gincu apabila cara solek gincu biasa tidak lagi mampu untuk menarik perhatian lelaki. Hehehe :)

Friday, June 10, 2011

Apabila pekerja bank bosan

Bila anda bosan apa yang anda akan buat? Ini adalah hasil contoh apabila pekerja bank bosan ditempat kerja. Memang kreatif. Semua nya berbentuk muka :)

Thursday, June 9, 2011

Peti Ais

Jom kita tengok apa yang orang selalu simpan dalam peti ais. Ada yang simpan botol air, buah-buahan, daging dan macam-macam lagi. Tapi yang paling confirm, tiap-tiap peti ais mesti ada simpan telor. Heheheh.

Wednesday, June 8, 2011

Jom kita cuba nak?

Hohoho... tak sangka kan boleh buat macam ni. Boleh beli barang sama warna rupanya. Emm.. Lain kali bila telor pergi pasaraya, telor nak cuba la teknik ini. Agak-agak abang/kakak yang jaga kaunter pembayaran tu perasan tak? Hehehe :)

Tuesday, June 7, 2011

Baju Telordibasuh - 04


Yahooo!!!.... Berikut adalah nama-nama yang telah terpilih untuk penghantaran ke tiga baju telordibasuh. Cepat-cepat semak samada nama anda ada atau tidak. Hehehe.

01. Ain Zulaikha Suhaimi EM 010052104 MY
02. Amizan Bin Mohamad Akhir EM 010052118 MY
03. Ibnor Hafiz Bin Ibrahim EM 010055370 MY

Untuk nama-nama berikut pula, saya masih lagi belum mendapat detail-detail pembelian daripada anda semua. Jika nama anda ada dibawah, mohon dapat berikan kepada saya detail-detailnya ya di shahzero@yahoo.com

01. Hafiz Razali
02. Noor Maizan binti Mohd Fauzi

Kepada anda yang telah membuat pesanan, tetapi nama anda saya tidak senaraikan, informkan kepada saya cepat-cepat ya. Senarai nama ini saya dapat daripada allahyarham adik saya. Mungkin ada nama yang tidak sempat beliau senaraikan.

Anda boleh semak baju telordibasuh anda sudah berada dimana dengan mengklik gambar Poslaju dibawah selepas jam 5 petang dan keatas ya. Sila guna tracking number yang telah diberikan.

Semoga semua gembira apabila dapat baju telordibasuh nanti (^_^)

Ini mainan ke orang betul?

Ehh.. Ini mainan ke orang betul? Ini adalah gambar orang betul bukan mainan ya. Gambar ini diambil dengan menggunakan teknik fotografi yang dinamakan Tilt-shift. Apa itu Tilt-shift? Entah, Telor pun tak tahu. heheheh.

Kalau mengikut apa yang telor baca kat internet, Tilt-shift adalah satu teknik fotografi di mana lensa kamera yang mempunya fungsi Tilt-shift akan dimanipulasi supaya sesebuah subjek bersaiz sebenar akan kelihatan seperti model miniatur di dalam gambar. Untuk menambah kesan miniatur yang lebih baik, gambar subjek hendaklah diambil dari sudut tinggi terutamanya dari udara. Ini mencipta ilusi seperti kita sedang memandang model miniatur.

Errr.. Paham tak nie? Mesti tak kan. Dah agak dah. hehehe. Takpe. Jangan risau. Telor pun same juga tak paham :)

Monday, June 6, 2011

Kejut ke?

Mungkin ada di antara anda yang pernah tengok iklan ini. Tapi apa salahkan tengok video ini lagi sekali. heheh. Ini adalah video iklan kereta volkswagen. Apa yang bestnya video ini? Paling best apabila budak tersebut terkejut apabila kereta ayah dia tiba-tiba ada alarm. Macam mana la muka budak tu kan. Kejut ke?. Hehehe

Sunday, June 5, 2011

Apa yang tak kena?

Sesiapa yang selalu datang ke Mines Shpping Mall dengan menaiki komuter, mesti pernah nampak restoran mamak ini. Haa.. apa yang tak kena dengan restoran nie? Che teka.. che teka.. Esok telor bagi jawapannya ya :)

Saturday, June 4, 2011

Eh, Sama la baju mereka.

Eh, Sama la baju mereka. Kenapa ya? Haa.. Ini adalah gambar perkahwinan Putera William dan Kate Middleton baru-baru ini. Yang telor hairan, macam mana la pula baju Putera William dan Kate Middleton boleh same dengan baju dari cerita kartun Cinderella. Ini, bukan setakat baju Putera William dan Kate Middleton aje yang sama, sepupu-sepupunyanya pun sama juga. Haaa... Jawab jawab. Telor tak nak jawab.. Hehehe

Sape malas nak fikir, boleh la klik untuk terus dapat jawapanya ya. Hehehe.

Friday, June 3, 2011

Baju Telordibasuh - 03


Yahooo!!!.... Berikut adalah nama-nama yang telah terpilih untuk penghantaran ke dua baju telordibasuh. Cepat-cepat semak samada nama anda ada atau tidak. Hehehe. Untuk penghantaran baju yang pertama, boleh semak disini.

100% komitmen

Telor sentiasa berikan 100% komitmen dalam tiap2 kerja yang telor buat. Macam hari ini, telor berikan 5% komitmen ketika bekerja. Hehehe.

Mukabuku

Ini adalah statistik yang dibuat oleh Online Schools untuk Facebook. Macam post yang telor publish semalam, boleh percaya ke statistik ini? Telor rase macam boleh percaya aje. Hehehe.

Thursday, June 2, 2011

Boleh percaya ke?


Ini adalah kajian yang dibuat apabila seorang lelaki dan seorang perempuan tidak melayari akaun facebook mereka dalam masa 1 minggu. Boleh percaya ke kajian ini? Telor rase macam boleh percaya aje. Hehehe.

Wednesday, June 1, 2011

Ilusi Optik

Wahh.. Ilusi optik betul logo-logo ini. Telor pun hampir terpedaya. Hehehe. Jadi logo mana paling ilusi optik? Sile le tengok sampai habis ye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...