Pages

Saturday, May 19, 2012

Al-Fatihah....


Assalamualaikum wbt

Hari ini (19 May 2012) genap setahun Abdul Hakim Bin Mohd Kamal (owner blog telordibasuh) meninggalkan kita semua. Sedih rasenya :-(

Saya bagi pihak keluarga Abdul Hakim Bin Mohd Kamal memohon ampun dan maaf sekiranya beliau ada berbuat silap dan salah. Jika Abdul Hakim Bin Mohd Kamal ada berhutang dengan anda semua, mohon hubungi saya (A'kashah) di talian +601 2272 4525. InsyaAllah saya akan cuba langsaikan hutang tersebut :-)

Mari kita sama-sama mendoakan Abdul Hakim Bin Mohd Kamal supaya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman ya. Segala jasa baik anda semua hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Amin...

Al-Fatihah....



*Dulu, Hakim selalu kate kat saya. "Along, bila along nak bagi komen kat blog Hakim nie?" Asyik hakim aje yang kena pakse bagi komen kat blog along".

Saya ketawa aje waktu tu. Hehe.. Memang betul pun. Saya tak pernah bagi komen kat blog Hakim sampai la Hakim meninggalkan kita semua. Tak sangka rupenya, sekarang saya bukan setakat bagi komen, siap kena upload lagi kat blog telordibasuh ini. Hehe..

"Hakim, Along dah bagi komen kat blog Hakim. Siap dengan upload-upload post lagi. Hehe.. Al-Fatihah..
"

37 comments:

  1. Al-fatihah. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang soleh di sana. AMIN.

    ReplyDelete
  2. alfatihah....semoga ditempatkan disisiNya.

    amin.

    ReplyDelete
  3. al fatihah n salam takziah kpd keluarga arwah ..amin.

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah buat aruwah dan takziah buat keluarga. Maaf boleh saya tahu apa sebab beliau meninggal ?

    ReplyDelete
  5. His blog used to be one of my 'blog wajib view' satu masa dahulu... Al Fatihah

    ReplyDelete
  6. setahun dah berlalu..smoga Allah merahmati rohnya amin

    ReplyDelete
  7. cepat masa berlalu. Al-Fatihah untuk Allahyarham

    ReplyDelete
  8. dah setahun ? sekejapnya masa berlalu . al-fatihah utk arwah . semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman , amin .

    ReplyDelete
  9. sekejap je masa berlalu kan? alfatihah...

    ReplyDelete
  10. Al-fatihah semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman,,amin..

    ReplyDelete
  11. yup, his blog adalah blog harus view stu masa dhulu,,, sebak rasanya.. al-fatihah utk beliau....

    ReplyDelete
  12. Rindu dengan abang Hakim :(

    Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  13. sebelum arwah meninggal lagi saya dah addicted dgn blog ni hehe..urmm kenapa yer arwah meninggal..alfatihah.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum abg terlodibasuh. edy nak ucapkan salam takziah walaupun allayarham dah meninggalkan kita semua cukup setahun. tapi kenangan saya dengan blog allahyarham ni memang terpahat dalam hati saya. edy suka bersaing dgn blog allahyarham dan allahyarham dah puji dgn usaha edy. apa pun hanya ini jelah yang edy mampu buat sekadar memperingati allahyarham. entri khas daripada blog edy untuk blog abg telordibasuh.

    http://edyramanov.blogspot.com/2012/05/belasungkawa-untuk-telordibasuh.html

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  15. Al Fatihah..salam takziah buat sekeluarga

    ReplyDelete
  16. Terima kasih diatas doa semua. Semoga jasa baik anda dibalas Allah dengan ganjaran yang melimpah ruah. Amin.. ^_^

    Abdul Hakim meninggal dunia disebabkan serangan asma yang serius.

    Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  17. salam...

    sedih pulak membacanya..al-fatihah

    ReplyDelete
  18. al-fatihah.. semoga rohnya tenang di sana..

    ReplyDelete
  19. Sedih membacanya, moga rohnya dicucuri rahmat Allah, Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum...

    Terharu kami mendengar pemergian arwah. Allah lebih sayangkan arwah untuk pergi meninggalkan kami semua...Walaupun kami belum mengenali arwah tetapi arwah tetap saudara islam kami....

    al-fatihah untuk arwah...amin :-)

    www.mylovely-cats.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. Al-fatihah....sekejap jer masa berlalu..

    ReplyDelete
  22. sekejap sungguh masa berlalu, rasanya macam semalam arwah pergi~

    ReplyDelete
  23. Al-Fatihah,Semoga rohnyer dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

    salam takziah untuk keluarga..

    ReplyDelete
  24. Al-fatihah..
    semoga rohnya dicucuri rahmat..sudah setahun arwah meninggalkan kita, walaupun tidak saling mengenali saya terasa pemergiannya kerana pada masa tu memang jadi rutin saya setiap pagi membaca blog ini..

    ReplyDelete
  25. Alfatihah, semoga hakim ditempatkan dikalangan org yg biman dan dicucuri rahmat, dah 1tahun hakim tinggalkan kami, sekian kalinya menatap gmbr hakim sebak rasanya, :'(

    ReplyDelete
  26. Al-fatihah.

    Terkejutnya saya. Dulu dari zaman belajar memang saya minat baca blog ni. Tapi bila dah masuk degree, saya stopped blogging. Dan start semula blogging semalam. Saya tak tahu pun arwah dah meninggal dunia. :(

    ReplyDelete