"Saya sebuah jam" adalah telefon pintar pertama didunia menggunakan Android 1.6 sebagai sistem operasinya. Jam pintar ini dikeluarkan oleh Blue Sky, sebuah syarikat yang terletak di negara Itali.
Apa yang hebat mengenai telefon ini adalah, jam ini dapat beroperasi seperti sebuah telefon pintar. Anda boleh tengok video, bermesej, beremail, dengar lagu, bermuka buku bersama rakan-rakan, muat turun dan macam-macam lagi. Semuanya hanya menggunakan jam pintar ini sahaja. Oleh kerana jam ini menggunakan Android 1.6 sebagai sistem operasinya, maka anda juga boleh muat turun bermacam-macam lagi aplikasi kegemaran anda.
Jam ini juga dapat berinteraksi dengan telefon pintar anda (iPhone dan Android) melalui Bluetooth. Yang best sekali, jam pintar ini dijadualkan mula dijual pada Januari 2012. Jom kita start menabung dari sekarang sebab telor dapat rasekan jam ini mesti mahal. Huhuhu.. :-) Oh ya. Jam ini boleh dibeli dari
sini.