Saturday, December 31, 2011
Azam tahun baru
Haha.. azam tahun baru yang tak dicapai-capai lagi dari tahun 2009. Dah nak masuk tahun 2012 dah. (Waktu telor publish post ini, belum lagi tahun 2012 ya. Hehe..)
Azam mamat ini bukan banyak pun. 6 azam aje. Tapi betul la kot apa yang orang selalu kate. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ini kan pula azam tahun baru. Lagi la berat. Haha..
Dikopi dari eatliver
Labels:
Kelas Sosial
Design rumah tahun 2009, tahun 2011 baru jumpa
Ehh.. kenapa tajuk post ini macam pelik aje telor? Sebenarnya rekabentuk rumah ini dah lama ada kat internet iaitu sejak tahun 2009 lagi. Cuma telor aje yang baru jumpa kat internet pada tahun 2011. Penghujung tahun 2011 pula tu. Nampak sangat telor ini lembab. Haha..
Okeh. Apa yang best tentang rumah ini? Macam design rumah biasa aje kitaorg tengok. Ala korang ni macam tak biase baca blog telor aje. Kalau nak tahu, korang kena la klik link "Sile le baca lagi >>>". Haha..

Kelas Kejuruteraan
Tangga lurus paling panjang
Mak aihh.. panjangnya tangga ini. Eh silap penggunaan bahasa melayu. Telor ulang semula ya. Mak aihh.. tingginya tangga ini. Haa.. baru betul. Haha..
Tangga yang mempunyai 699 anak tangga ini merupakan tangga lurus paling panjang didunia. Tangga ini asalnya dibina untuk mengangkut barang-barang pada 1829. Kini, tangga tersebut merupakan antara tempat tarikan pelancong di Jamestown, Pulau St Helena.

Friday, December 30, 2011
Anjing pemalas
Haha.. telor ingat manusia aje yang pemalas. Rupanya haiwan pun ada sifat ini juga. Cuba tengok anjing ini. Punya la malas, sampai makan pun baring aje. Ini pemalas tahap dewa ini. Haha..
Labels:
Kelas Sosial
Tarian bulu kening
Selain comel, gadis ini boleh melakukan tarian bulu kening. Cool doh..
Eh silap. "Doh" tak boleh sebut sebab kalau ikut kate Afdlin Shauki dalam Maharaja Lawak Mega, "doh" tu maksudnya adalah bodoh. Telor ulang kate semula la yea.
Selain comel, gadis ini boleh melakukan tarian bulu kening. Cool giler.. Haha..
Dikopi dari buzzfeed

Kelas Kemahiran
Lukisan kanak-kanak
Lukisan kanak-kanak apabila dilukis semula oleh pelukis professional. Nampak menarik la pula kan. Hebat juga daya imaginasi kanak-kanak ini rupanya ya. Telor ingatkan diorang nie conteng-conteng aje tanpa arah tujuan. Haha..
Labels:
Kelas Seni
Thursday, December 29, 2011
Kita selamat jika kita ramai
Haha.. Kartun yang ntah apa-apa. Tapi kelakar sangat telor rase. Ingat ya slogan ini. "Kita selamat jika kita ramai". Haha..
Labels:
Kelas Pemulihan
How to: Rename files sekali banyak
Ok kali ni cighu akan tunjukkan cara PALING mudah untuk renamekan files yg banyak sekali buat jer..paham x ayat cighu tu? erm lantak la. asalkan maksud sampai..haha
Honda musnahkan kereta banjir
Pada bulan November 2011 yang lepas, besar telah melanda Thailand. Salah satu kilang yang terlibat adalah kilang kereta Honda yang terletak di Ayutthaya, Thailand.
Okeh. Apa yang jadi kat kerata-kereta tersebut apabila banjir dah surut? Aha.. Honda telah mengambil kepurusan untuk melupuskan kesemua kereta tersebut yang berjumlah 1055 unit kesemuanya (217 Honda Brio, 213 Honda Jazz, 353 Honda City, 150 Honda Civic, 91 Honda Accords, 30 Honda CR-V dan 1 Honda Freed).

Anak Patung Baby Joker
Anak patung berskala 1:6 ini adalah anak patung baby Joker dari cerita Batman. Ganaz tak rupe baby Joker ini? Walapun gayanya ala-ala ganaz gitu, telor tetap tengok anak patung baby joker ini comel. Haha.. Lepas ini mungkin ada anak patung baby batman pula. Mesti comel macam anak patung baby joker ini juga. Haha.. Anak patung yang comel ini dijangka mula dijual pada bulan February 2012.
Labels:
Kelas Fesyen
Trailer: The Devil Inside (2012)
Wow..criter seram datang lagi..Awal tahun depan kita akan berdepan dgn movie seram ala2 "The Exorcism of Emily Rose". Kemungkinan besar release by 6th January 2012. Mesti ramai yg tak sabar menunggu.. :)
Cuba dengar part yg belakang tu (2:25).. Ape yg kene ikat, ape yg kene kerat? haha :)
Cuba dengar part yg belakang tu (2:25).. Ape yg kene ikat, ape yg kene kerat? haha :)
Labels:
Kelas Wayang
Wednesday, December 28, 2011
Pokok Warna Pelangi
Ini adalah pokok Rainbow Eucalyptus atau pokok Mindanao Gum. Pokok ini boleh meninggi sehingga 70 meter tinggi. Apa yang best tentang pokok ini telor? Aha.. kulit pokok ini warnanya seperti warna pelangi. Cantik.
Labels:
Kelas Geografi
Cikgu di negara China
Bersemangat sungguh cikgu di negara China ini mengajar anak muridnya. Ada yang menari dan bertakafur. Walaupun gaya cikgu-cikgu ini mengajar agak kelakar gayanya, tapi korang tak boleh nak gelakkan mereka tau. Nanti ilmu yang diajar tak berkat. Susah nak pandai. Telor pula tak belajar dengan cikgu ini. Jadi bolehla kalau nak ketawa. Haha..
Labels:
Kelas Geografi
Jika haiwan pun sikat rambut
Selalunya haiwan kucing dan anjing sahaja rambutnya disikat. Bagaimana kalau binatang lain pun rambutnya disikat juga? Aha.. Gambar yang menarik ini dihasilkan oleh Mladen Penev.
Labels:
Kelas Fesyen
Macam mana nak kenakan bos anda
Post kali ini bertajuk macam mana nak kenakan bos anda apabila dia pergi bercuti. Cara dia senang aje. Tampal banyak-banyak kertas lekat kat dalam bilik dia. Biar penuh sampai ke bumbung pun dilekatkan. Kemudian, kita tunggu dia masuk kerja semula. Hohoho..
Labels:
Kelas Kemahiran
Tuesday, December 27, 2011
Video Misteri
Tengoh syok-syok telor tengok youtube, telor terjumpa video misteri ini. Video misteri ini dikatakan disebarkan oleh WikiLeaks. WikiLeaks adalah sebuah organisasi antarabangsa yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit kerajaan kepada orang awam. Video ini dikatakan adalah rakaman mengenai UFO yang telah disorokkan oleh kerajaan (tak tahu pula kerajaan negara mana) dari tontonan awam.
Telor tak pasti samada video ini palsu atau tulen. Nak kate video ini tulen, bila telor tengok, macam adegan dalam filem aje konsepnya. Tapi tak pernah pula telor tengok filem yang ada adegan macam ini. Adoii.. misteri sungguh kan video ini.

Kelas Video
Potret Albino
Albino? Apa tu telor? Okeh. Menurut dari pembacaan telor di wikipedia, Albino atau albinism (dari perkataan Latin yang bermaksud putih) adalah gangguan genetik di dalam pigmen yang terdapat dikulit, rambut dan mata manusia. Keadaan ini disebabkan kerana ketiadaan atau kekurangan enzim yang terlibat dalam pengeluaran melanin.
Pada manusia, melanin adalah penentu utama warna kulit. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, Albino ini berlaku apabila badan mengeluarkan melanin yang sedikit atau tiada langsung.
Pada manusia, melanin adalah penentu utama warna kulit. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, Albino ini berlaku apabila badan mengeluarkan melanin yang sedikit atau tiada langsung.
Labels:
Kelas Biologi
Monday, December 26, 2011
Mandi di kampus di negara China
Mak aihh... panjangnya beratur. Jika korang nak tahu, ini adalah pemandangan di kampus yang terleat di negara China.
Labels:
Mak aihh... Macam ini pun ada..
Sunday, December 25, 2011
Santa Claus mengikut ilmu sains
Selamat Hari Natal.. Selamat Hari Natal.. Selamat Hari Natal semua.. Selamat Hari Natal.. Yeayy... Hari ini hari raya untuk mereka yang beragama Kristian. Selamat Hari Natal telor ucapkan ^_^
Okeh. Sempena hari raya Natal, jom kita belajar ilmu sains sikit tentang Santa Claus. Semua orang tahu Santa Claus tidak wujud. Tapi bayangkan kalau Santa Claus betul-betul wujud. Macam mana Santa Claus nak bagi semua hadiah kepada kanak-kanak diseluruh dunia dalam satu malam aje?
Aha.. Jom kita tengok video ini. Santa Claus mengikut ilmu sains. Telor tak hebat sangat dalam ilmu sains nie. Jadi apa yang video ini kate, telor percaya aje lah bulat-bulat. Hehe..

Kelas Sains
Reaksi bebudak bile candy diorg dimakan
Jimmy Kimmel Live adalah sebuah rancangan american late nite show..ala2 David Letterman. Ada sebuah episod yang memerlukan parent2 di luar sana untuk menyahut cabaran beliau iaitu "bagtau anak dia yg dia makan kesemua candy halloween diorag". Pastu uploadkan kt YouTube. Jom kita saksikan bagaimana reaksi budak2 ni..haha
Labels:
Video la pula
Sawah padi di negara Jepun
Jom kita tengok bagaimana sawah padi di negara Jepun ditanam. Sama tak macam cara padi ditanam di negara kita? Kalau telor dah tanya soalan macam tu, jawapannya mesti la tak sama kan. Haha.. Apela telor ini. Sendiri tanya sendiri jawab.
Labels:
Kelas Geografi
Saturday, December 24, 2011
Gadis Disney
Hohoho.. bayangkan kalau gadis dari cerita Disney betul-betul wujud di dunia nyata. Mesti bestkan. Haha.. Jadi artis Jirka Väätäinen telah membuat gambar ini untuk menunjukkan bagaimana la rupanya kalau gadis-gadis Disney ini betul-betul ada. Hasilnya? Wow. Cun melecun. Mana satu gadis pilihan korang? Telor cop dulu pilih snow white tau. Haha..
Labels:
Kelas Seni
Kereta Back To The Future
Hohoho. Berita baik kepada peminat cerita Back to the Future. Versi elektrik kereta DeLorean boleh dibeli pada tahun 2013, seperti yang diumumkan oleh Syarikat Motor DeLorean Texas.
Kenderaan berkuasa motor elektrik ini akan mempunya 260 kuasa kuda dan boleh memecut 0-100 kmh dalam masa 4.9 saat sahaja. Hohoho. Laju-laju. Bila memecut ini, agak-agak tayar akan terbakar tak macam cerita Back to the Future? Haha..
Kereta DeLorean ini menggunakan kuasa bateri Flux LifePO4 untuk menjanakan kuasanya. Laa.. telor ingatkan guna kulit pisang aje macam dalam cerita. Haha.. Ianya memerlukan 3.5 jam untuk mengecas baterinya daripada kosong kepada full. Apabila bateri penuh, kereta DeLorean ini boleh bergerak sejauh 160km sebelum perlu dicas semula. Waranti bateri yang diberikan adalah selama 7 tahun.
Ok. jom kita kembali ke masa hadapan. To infinity... and beyond! Ehh silap. Itu bukan tag line Toy Story ke? Belasah aje la. Haha..

Friday, December 23, 2011
Katak Afrika Makan Semut
Haha.. Tak baik buli binatang. Kan dah kena. Itu la. Katak tu tengah lapar-lapar dok kacau-kacau. Amik kau. Ngap! Haha..
Dikopi dari buzzfeed
Dikopi dari buzzfeed
Labels:
Kelas Sosial
Thursday, December 22, 2011
The Seoul Balancing Expert
Hebat. Kagum telor tengok lelaki Korea ini mengimbangkan barang. Memang menakjubkan. Sampaikan ada video khas untuk beliau. "Sila melawat Seoul untuk berjumpa lelaki ini". Hohoho. Iklan mari melawat Seoul yang bijak. Siap telor pun di imbangkannya. Haha..
Labels:
Kelas Geografi
Bas Baru Untuk Bandar London
Bandar London memang terkenal dengan bas dua tingkat. Ala.. gambar bas yang ada kat keropok tu. Masih lagi keliru? Okeh, sape kat sini pernah baca page "About owner telordibasuh!!!", mesti perasan ada gambar bas disitu. Haa.. itula bas dua tingkatnya.
Bas-bas dua tingkat lama ini akan digantikan dengan bas yang baru. Ini adalah prototaip bas baru tersebut yang direka oleh The Wright Group dan Thomas Heatherwick. Lebih dikenali sebagai bas double-deckers, bas baru ini dijangka akan mula beropersi pada bulan Februari 2012.

Wednesday, December 21, 2011
Patung Gergasi Confucius
Zhang Huan, seorang artis yang dilahirkan di China 46 tahun dahulu telah menghasilkan patung gergasi Confucius. Sape Confucius ni telor? Okeh, mengikut apa yang telor baca dari Wikipedia (kalau salah, marahkan wikipedia ya. Telor kopi paste aje dari situ. Haha..), Confucius adalah seorang pemikir dan ahli falsafah terkenal di negara China sekitar tahun 551 sebelum masihi.
Patung gergasi Confucius ini dibuat daripada silikon, besi, serat karbon dan akrilik dengan dibantu 100 orang pekerja. Jika korang di negara China atau akan melawat negara China dalam masa terdekat, jom melawat patung gergsai ini. Patung ini dipameran di Rockbund Art Museum di Shanghai, China dari 15 October 2011 sehingga 29 Januari 2012.

Lelaki China yang kaya raya
Seorang lelaki berbangsa China tidak percayakan bank. Jadi dia menyimpan kesemua duit didalam garaj rumahnya. Wow.. Kaya betul lelaki ini. Cuba la tengok kesemua duitnya. Ini mahu juta-juta kot jumlahnya. Wow..
Labels:
Kelas Sosial
Tuesday, December 20, 2011
Rak Buku bertemakan "Target Bookshelf"
Rak buku yang direka oleh Mebrure Oral, seorang pereka industri dari Istanbul, Turki ini sungguh unik. Dengan tema "Target Bookshelf", buku diletakkan mengikut situasi. Jika buku sudah dibaca, letak ditempat "Has Been Read", jika belum dibaca letak di tempat "Will Be Read". Wow.. gempak tu..
Telor kena beli rak buku ini. Sebab bila ada rak buku macam ini kat rumah telor, orang akan nampak macam telor ini seorang yang suka membaca. Hebat tak permainan minda telor? Haha..
Telor kena beli rak buku ini. Sebab bila ada rak buku macam ini kat rumah telor, orang akan nampak macam telor ini seorang yang suka membaca. Hebat tak permainan minda telor? Haha..
Labels:
Kelas Seni
Misi Mustahil
Sape yang dah tengok cerita Misi Mustahil Protokol Hantu? Telor belum tengok lagi. Tapi kawan-kawan telor kate cerita ini best. Setaraf cerita Ombak Rindu. Hah? Setaraf cerita Ombak Rindu? Biar betul kawan telor nie. Nak tipu telor pun agak-agak la. Haha..
Okeh, bagi yang belum tengok lagi cerita Protokol Hantu ini, jom kita tengok dulu macam mana ianya difilemkan. Wowowo.. Hebat. Telor ingat si Tom Cruise ini berlakon guna kesan khas. Rupa-rupanya betul-betul la dia bergayut. Cayalah Tom Cruise. Nanti bila nak apply kerja kat sarkas, boleh guna skill ini letak dalam resume. Haha..

Monday, December 19, 2011
Telor yang hebat
Telor yang hebat. Telor-telor ini dapat menyeimbangkan diri mereka diatas hidung anjing tanpa jatuh. Cayalah telor. Haha..
Labels:
Kelas Kemahiran
Skil merempit yang hebat
Skil apa yang korang boleh buat ketika merempit? Skil superman? Skil willy? Skil cilok mencilok? Itu biasa-biasa aje. Meh kita tengok skil merempit dari Pakistan macam mana pula. Mak aihh.. Tu dia.. Hebat gila. Siap boleh buat skil berkumpulan lagi. Haha.. Awesome.
Labels:
Kelas Kemahiran
Pizza
Haha.. ntah apa-apa kartun ini. Telor terkesima kejap selepas baca kartun pizza ini. Macam tu rupanya maksud free. Ingat kan dapat fizza free. Rupanya pizza tu yang difreekan. Haha..
Labels:
Kelas Sosial
Friday, December 16, 2011
Take it like a Man
Haha.. Cayalah adik nie. Berani menyahut cabaran sebagai lelaki sejati. Begitu serius mukanya dalam menghadapi suntikan jarum. Haha..
Dikopi dari picsxd
Dikopi dari picsxd
Labels:
Kelas Sosial
Thursday, December 15, 2011
Ferrari berkuasa Elektrik
Awesome!! Ini adalah kereta Ferrari berkuasa elektrik. Direka oleh Marko Petrovic, kereta Ferrari yang diberi nama Millenio ini adalah sebuah kereta konsep yang dikuasakan menggunakan tenaga elektrik.
Menggunakan dua enjin elektrik yany boleh dicaj semula, Ferrari Millenio ini menggunakan panel solar yang terdapat di badan kereta ini untuk mengecaj enjin elektrik tersebut. Hoho.. Kereta konsep yang terbaik.
Menggunakan dua enjin elektrik yany boleh dicaj semula, Ferrari Millenio ini menggunakan panel solar yang terdapat di badan kereta ini untuk mengecaj enjin elektrik tersebut. Hoho.. Kereta konsep yang terbaik.
Labels:
Kelas Kejuruteraan
Macam mana polis melawan punk di Indonesia
Di Indonesia, serami 65 peminat punk telah ditahan oleh pak polisi di konsert-konsert punk dan rock. Oleh kerana Indonesia adalah sebuah negara Islam dan budaya punk ini merupakan ancaman kepada nilai-nilai Islam, jadi pak polisi telah mencukur kepala mereka (Muka semua sedih-sedih aje tatkala rambut kena potong. Haha..), subang gelang semua dibuang dan yang paling best semuanya disuruh mandi. Ini mesti dah tak mandi berminggu-minggu sebab nak jaga rambut punya pasal. Haha.. Last sekali, rasenya mesti ada tazkirah. Terbaik pak polisi. Moga-moga mereka semua dapat berubah ke arah yang lebih baik. Amin.. ^_^
Labels:
Kelas Sosial
Jam tangan keypad
Power jam ini. Nampak stylo gile. Lebih-lebih lagi kalau si pemakai jam nie kerja sebagai programmer atau akauntan. Lagi nampak saiko. Haha.. Berharga sekitar $90 atau lebih kurang RM 286 sebuah, jam tangan keypad ini boleh dibeli disini. Oh sebelum telor terlupa. Jam ini bukan kalkulator ya. Mana la tahu, ada orang ingat jam ini kalkulator pula. Haha..
Labels:
Kelas IT
Wednesday, December 14, 2011
Set pisau Deglon Meeting
Ehh.. set pisau apa ini telor? Canggih aje rupanya. Aha.. Set pisau yang diberi nama "Deglon Meeting" ini direka oleh Mia Schmallenbach. Walaupun nama set pisau ini agak pelik (kenapa ada nama meeting? Ini pisau mesyuarat ke?), set pisau ini telah memenangi tempat pertama dalam anugerah 5th European Cutlery Design.
Set pisau keluli tahan karat ini mengandungi 4 jenis pisau iaitu pisau utiliti, pisau memasak, pisau slicer dan pisau pengupasan. Semuanya boleh disimpan didalam satu bekas sahaja. Hoho.. Unik dan canggih rekaannya. Berharga $ 842 atau kira-kira RM 2676 untuk satu set, pisau ini boleh dibeli secara online dari sini. Hah.. Tunggu apa lagi. Jom le kita memasak. Hehe..

Potong rambut cara kungfu
Huyyoo.. Hebatnya potong rambut cara ini. Tapi hasilnya nanti cantik ke? Kang tak pasal-pasal kena bergaya rambut ala kungfu juga. Rambut ala kungfu? Apa tu telor? Botak la maksudnya tu. Kungfu kan kepalanya botak. Haha..
Labels:
Kelas Kemahiran
Tiger Woods
Hehe.. Kelakar gila poster ini. Macam kena aje. Haha.. Tiger Woods nie merupakan seorang pemain golf professional. Dulu dia pernah pegang rangking no 1 dunia. Sekarang rangking ke berapa pun telor tak pasti. Tapi yang pasti bukan no 1 lagi sekarang.
Ini semua disebabkan skandalnya bersama perempuan lain diketahui oleh isterinya. Tiger Woods dalam tekanan yang amat sangat sehingga menjejaskan mutu permainan golf dia. Okeh. Moral dari cerita ini adalah, "A Lion Would Never Cheat On His Mate, But A Tiger Wood". Haha..
.Dikopi dari uberhumor

Tuesday, December 13, 2011
Kereta Mustang Muzikal
Hohoho! Telor tak sangka kereta pun boleh buat ala-ala muzikal. Hebat. Video muzikal yang cool ini dihasilkan oleh kelab kereta Mustang dari negara Poland. Hoho.. Awesome!
Selain itu, sungguh tahan lasak kereta Mustang ini rupanya walau dibuka ditutup bonetnya, dihempas pintunya, dihenjut kerusinya. Ini macam nak bagitahu kereta Mustang ini selain dari laju, kualitinya tip top juga kot. Haha.. Idea yang bijak.
Dikopi dari autoblog

Bagaimana Internet Pengaruh Kehidupan Anda
Oooo.. Macam ini rupanya bagaimana internet mempengaruhi kehidupan kita. Ish.. bahaya bahaya. Kena kuatkan jati diri la kalau macam ini. Kang terpedaya pula, susah. Tapi kalau tengok gambar ini, macam lebih ke arah mukabuku aje konsepnya. Haha.. Si A ajak makan kat seafood. Semua kawan-kawan si A kate seafood tak sedap. Terus tak jadi makan. Haha..
Labels:
Kelas IT
Monday, December 12, 2011
Bendera daripada makanan
Yum yum.. sedapnya makanan ini. Makanan ini semuanya diambil dari makanan terkenal negara tersebut lalu dijadikan bendera. Hohoho. Kreatif. Boleh teka tak semua bendera ini negara apa dan apa makanannya?
Ok. Telor jawab dulu. Emm.. telor pilih bendera 1 la. Sebab nampak macam senang sikit. Haha.. Bendera no 1 : Bendera Jepun. Makanan : Sushi. Hebat tak telor teka. Haha..
Ok. Telor jawab dulu. Emm.. telor pilih bendera 1 la. Sebab nampak macam senang sikit. Haha.. Bendera no 1 : Bendera Jepun. Makanan : Sushi. Hebat tak telor teka. Haha..
Labels:
Kelas Geografi
Sunday, December 11, 2011
Lori Tentera China yang hebat
Wowo.. Hebatnya lori ini. Senang-senang aje naik batang-batang konkrit yang menghalang laluannya tanpa rase susah. Hebat hebat.
Lori yang hebat ini dibuat oleh Wuhan-based Xiaolong Automotive untuk Tentera China. Dikuasakan dengan enjin 4.5 liter enjin diesel. Bagus lori ini. Harap-harap ada yang sudi membawanya ke Malaysia. Ehh, jangan salah paham ya. Telor bukan nak beli lori ini pun. Telor cuma nak tengok lori ini depan mata aje sebab telor rase kagum. Haha..
Dikopi dari autoblog
Lori yang hebat ini dibuat oleh Wuhan-based Xiaolong Automotive untuk Tentera China. Dikuasakan dengan enjin 4.5 liter enjin diesel. Bagus lori ini. Harap-harap ada yang sudi membawanya ke Malaysia. Ehh, jangan salah paham ya. Telor bukan nak beli lori ini pun. Telor cuma nak tengok lori ini depan mata aje sebab telor rase kagum. Haha..
Dikopi dari autoblog
Labels:
Kelas Kejuruteraan
Diskon
Diskon? Apa tu? Haha.. Kalau siapa yang selalu pergi ke The Mines Shopping Mall, mesti akan perasan ada satu kedai buku di situ. Gramedia namanya. Sebuah toko buku dari Indonesia.
Toko buku ini dengan khabar akan ditutup hujung bulan ini (Disember 2011). Jadi, sesiapa yang nak buku murah, datang cepat-cepat ke situ. Ada diskon sehingga 90% untuk semua buku-buku disitu. Hah? Diskon? Apa tu? Haha.. Diskon tu diskaun kot dalam bahasa Indonesia. Telor rase la :-)

Kelas Bahasa
Friday, December 9, 2011
Di Puncak Gunung
Wah.. cantiknya. Tempat yang sungguh indah ini terletak di puncak gunung Schafberg, daerah Salzburg, Austria. Tingginya setinggi 1783 meter (5849 kaki). Dengan ketinggian ini, ia bukan sahaja memberikan pemandangan yang menakjubkan, tetapi juga perasaan gayat yang ekstrim. Hehe..
Labels:
Kelas Geografi
Siapa kata Bahasa Melayu senang?
Siapa kata Bahasa Melayu senang? Ish, tak ada senanglah. Kalau tak percaya sila isikan tempat kosong dengan perkataan "Ya" atau "Tidak".
________ , saya seekor lembu.
Haa.. Apa jawapan nya? Macam mana nak kate yang saya bukan lembu. Selamat mencuba ya. Haha.. Telor dah cuba jawab. Tapi gagal. Betul la Bahasa Melayu susah. Haha..
#Terima kasih ya Chocolate sebab bagi soalan ini :-)
Labels:
Kelas Kemahiran
Seni Paip PVC
Menggunakan hanya paip PVC, gam dan cat urethane, artis Kang Itik-Bong telah mencipta seni yang menarik. Wowowo. Awesome!
Tapi seni ini hanya untuk bende-bende yang laju aje kot. Telor rase la. Sebab ilusi yang dihasilkan nampak benda tu macam sedang bergerak laju. Betul tak? Hohoho.. Telor dah mula bijak mentafsir seni. Haha.. Puji diri sendiri la telor ni. Poyo.

Thursday, December 8, 2011
Semua pendek-pendek
Haha.. Negara Jepun walaupun maju, mereka juga terkenal dengan perkara dan benda-benda yang pelik. Macam dulu-dulu, telor selau tengok rancangan tv Istana Takasyi. Kelakar gile bila tengok permainan yang dimainkan.
Semua pelik-pelik dan ntah apa-apa punya permainan. Haha.. Jom kali ini kita tengok pula bende-bende yang pendek kat negara Jepun tu. Rekod dunia pula tu. Haha.. Jepun.. Jepun..
Semua pelik-pelik dan ntah apa-apa punya permainan. Haha.. Jom kali ini kita tengok pula bende-bende yang pendek kat negara Jepun tu. Rekod dunia pula tu. Haha.. Jepun.. Jepun..
Labels:
Kelas Geografi
Lamborghini Aventador LP700-4
Robert Guelpen, seorang pereka bentuk model kereta berbangsa Jerman telah mereka model kereta Lamborghini Aventador LP700-4 berskala 1/8 dengan menggunakan platinum, carbon fiber, emas dan berlian.
Harganya? € 3.5 juta atau dalam RM sekitar 17 juta ringgit. Hampir sepuluh kali ganda lebih mahal daripada harga sebuah kereta Lamborghini Aventador yang sebenar.
Harganya? € 3.5 juta atau dalam RM sekitar 17 juta ringgit. Hampir sepuluh kali ganda lebih mahal daripada harga sebuah kereta Lamborghini Aventador yang sebenar.
Labels:
Kelas Kejuruteraan
Pemindahan ibu jari kaki
James Birn, seorang tukang paip telah kehilangan ibu jari tangannya semasa bekerja. Doktor telah melakukan pembedahan dengan menggunakan ibu jari kakinya sebagai ganti untuk ibu jari tangan. Walaupun agak janggal kelihatan, tetapi dengan cara ini sahaja tangan James Birn boleh berfungsi seperti sediakala.
Kepada semua, jaga diri baik-baik ya. Ikhlas dari telor :-)
Kepada semua, jaga diri baik-baik ya. Ikhlas dari telor :-)
Labels:
Kelas Pemulihan
Wednesday, December 7, 2011
Bagaimana nombor mendapat bentuknya?
Ooo... macam ini ke rupenya bagaimana nombor 0 hingga 9 mendapat betuknya. Menarik. Idea yang boleh diterima. Hehe..
Dikopi dari uberhumor
Dikopi dari uberhumor
Labels:
Kelas Seni
Baju Jarum
Baju jarum ini dicipta oleh Susie MacMurray dengan menggunakan 100 ribu batang jarum. Wow. Hebat. Cuma.. Macam mana nak pakai baju ini nanti ya? Nak pakai satu hal, dah pakai, macam mana nak duduk pula. Hehe.. Baju ini dipamerkan di muzium Victoria & Albert, London sempena pameran "Power of Making".
Labels:
Kelas Fesyen
Tuesday, December 6, 2011
Papan tanda tandas yang kreatif
Kreatif. Telor pun hampir konfius mana satu tandas lelaki, mana satu tandas perempuan. Hehe.. Ini buatnya kalau ada kes kecemasan nak masuk tandas, tiba-tiba kena fikir pula mana satu tandas lelaki mana satu tandas perempuan. Ish ish ish.. tak pasal-pasal terlepas kat depan pintu. Haha..
Okey. Telor bagi tahu awal-awal ya. Logo ayam untuk tandas lelaki. Logo kucing untuk tandas perempuan. Ingat betul-betul ya. Haha..
Dikopi dari funvblog
Okey. Telor bagi tahu awal-awal ya. Logo ayam untuk tandas lelaki. Logo kucing untuk tandas perempuan. Ingat betul-betul ya. Haha..
Dikopi dari funvblog
Labels:
Kelas Sosial
Jari yang mahir Taekwondo
Wachaa... Zas zas zas.. Jangan main-main ya. Jari taekwondo nie hebat tau. Haha..
Dikopi dari buzzfeed
Dikopi dari buzzfeed
Labels:
Kelas Pemulihan
Monday, December 5, 2011
Cover buku komik bergerak
Hoho. Best. Cuba bayangkan kalau cover buku komik boleh bergerak-gerak. Mesti awesome dan menarik. Dari tak nak beli, terus beli berepisod-episod. Hehe. Bagus la idea ini. Harap-harap dapat direalisasikan.
Labels:
Kelas Seni
Rak buku yang luar biasa
Rak buku ini nampak macam rak buku yang biasa. Tapi terdapat satu yang luar biasa disitu. Nampak tak apa yang luar biasa nya? Okey. Telor bagi tips sikit. Rak buku ini ada suruh kita baca buku. Haa.. cube cari, cube cari?
Jangan klik link ini sebelum jawab ya. Tak best la main tipu... Hehehe
Jangan klik link ini sebelum jawab ya. Tak best la main tipu... Hehehe
Labels:
Kelas Kemahiran
Friday, December 2, 2011
Fanwagen
Volkswagen + Facebook = Fanwagen. Wow. Best. Van/kereta yang berkonsepkan Facebook. Siap ada ciri-ciri Facebook lagi seperti warna kenderaan, relationship status, wall, privacy setting, friend finder, poke, inbox dan macam-macam lagi. Hohoho. Best best. Ini baru la dinamakan peminat tegar mukabuku. Haha..
Labels:
Kelas Kejuruteraan
JetVans
Wow.. Hebat. Di panggil JetVans, van dari jenama Mercedes Benz ini telah dihias dalamannya oleh Becker Automotive Design dengan mengambil inspirasi dari pesawat persendirian. Mewah dan ekslusif.
Dari luar nampak macam van biasa aje. Tapi bila tengok dari dalam, mak aihh.. hebat. Dah macam cerita Senario. Luar rumah setinggan, dalam rumah kondo. Hehe. Terbaik.
Dari luar nampak macam van biasa aje. Tapi bila tengok dari dalam, mak aihh.. hebat. Dah macam cerita Senario. Luar rumah setinggan, dalam rumah kondo. Hehe. Terbaik.
Labels:
Kelas Kejuruteraan
Jangan tengok keyboard!!
Ingat ya. Jangan tengok keyboard!! Jangan tengok keyboard!! Wahh.. hebat la. Tak sangke rupenya kat keyboard ada perkataan "I Am Of"
Hah! Korang mesti tengok keyborad juga untuk check walaupun telor dah pesan 3 kali. Haha.. nampak sangat korang ni degil.
Dikopi dari iamtoocurious
Hah! Korang mesti tengok keyborad juga untuk check walaupun telor dah pesan 3 kali. Haha.. nampak sangat korang ni degil.
Dikopi dari iamtoocurious
Labels:
Kelas Kemahiran
Subscribe to:
Posts (Atom)