Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Sunday, January 19, 2014

Rumah yang penuh dengan CCTV

Di Madrid Sepanyol, terdapat sebuah rumah telah dipasang dengan 150 buah CCTV. Mak aii.. Bnyknya CCTV. Mesti owner rumah nie seorang yang paranoid. Semua benda nak dimonitornya. Hahaha..

Okey. Telor tipu aje yang tue. Hehehe. Sebenarnya, rumah yang banyak replika CCTV ini adelah karya seni terbaru dari SpY yang bertajuk "Cameras". Moh kita tengok.


Saturday, January 18, 2014

Wajah "Emoji" yang Kiut Miut

Macam nie la kot wajah kita bila kita buat "Emoji" dalam sms. Eiuuww.. Kiut sangat. Hehe.


Wednesday, January 15, 2014

Jom makan rumput. Yum yum yum.

Di Afrika Selatan, Encik Lesego Daniel telah meminta pengikutnya untuk makan rumput.

Makan rumput? Sebab apa nak kena makan rumput pula telor? Sebab.. Encik Lesego Daniel nie kate, manusia boleh makan apa sahaja untuk hidup termasuk rumput.

Ehh.. biar betul? Nape? Korang tak caye? Tak caye.. acu test korang makan rumput kate Encik Lesego Daniel dengan seriusnya.

Lepas aje ucapan tersebut, tue dia.. berduyun-duyun orang makan rumput. Sampai ade yang muntah la dibuatnya akibat kekenyangan melampau.


Friday, January 10, 2014

60 Tahun Tak Pernah Mandi

Pakcik ini namanya Amoo Hadji dan berasal dari negara Iran. Umur masih lagi sweet eighty katenya. Ape yang best, pakcik ni kate, dia tak mandi hampir 60 tahun lamenya. Hoho.. Lame tu.. Rekod telor paling lama tak mandi pun baru aje 1 hari. Pakcik ini memang betul-betul seorang legend. Hahaha..


Monday, January 6, 2014

Tolong... Gayatnya...

Sape yang kate konon-kononnya dia tu tak gayat, meh datang sini. Kita uji betul ke die tu tak gayat. Ke die tue sembang aje yang lebih. Hahaha..

Terletak pada ketinggian 1000 meter di pergunungan Alps, kotak kaca ini dibina dengan menggunakan 3 lapisan kaca lutsinar yang heavy-duty. Selain itu, kaca ini juga mampu menahan tiupan angin sehingga 220 km/j.

Jadi.. tunggu ape lagi. Baik ngaku sekarang. Korang gayat ke tak? Hahaha..


Thursday, January 2, 2014

Tadika Yang Berbentuk Kucing. Mioww...

Di negara Jerman atau lebih detail lagi di Wolfartsweier yang berhampiran dengan Karlsruhe, terdapat sebuah tadika berbentuk kucing gergasi yang bernama Die Katze. Fuhh.. Berbelit lidah telor nak menyebut nama tempat dan nama ditadika di Jerman nie. Hehehe..

Tadika yang boleh menampung 100 orang kanak-kanak ini direka oleh artis Tomi Ungerer bersama arkitek Ayla-Suzan Yƶndel. Fuhh.. Lagi sekali berbelit lidah telor nak menyebutnye. Nasib-nasib.. Nampak sangat lidah telor nie pendek. Hahaha..


Wednesday, January 1, 2014

Ape itu Sistem Solar??

Jom hari ini kita belajar mengenai Sistem Solar dengan care yang mudah. Ooo... macam tu rupenya sistem solar. Baru telor tahu. Hehehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...