Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Sunday, December 29, 2013

Komputer yang hanya Mouse aje boleh guna

Haa.. Sebab ape telor kate macam tu? Korang tengok la sendiri macam mana rupa komputer dia.


Friday, December 13, 2013

Sarang Semut + Mayat Semut untuk dijual

Karya seni sarang semut bersama mayat semut untuk dijual. Ade sape-sape yang berminat nak beli? Jika ade yang berminat, korang boleh beli dari sini ya. Selamat mengumpul sarang semut bersama mayat semut. Hehehe.


Evolusi kerete lumba Formula 1

Jom kita tengok evolusi kerete lumba Formula 1 dari permainan kanak-kanak. Ohsem. Iklan ini berjaya membuatkan terpegun telor. Tahniah tahniah. Hehehe..


Thursday, December 5, 2013

Kantoi sudah..

Alamak.. Terkantoi la pula. Semoga abang ini tabah dalam menjalani hari-hari yang mendatang ya. Hehehe.. Dan yang penting, abang jangan mudah putus asa. Nanti boleh cuba lagi di tempat yang lain pula ya. Semoga berjaya. Hahaha..


Wednesday, December 4, 2013

Iklan Tayar Yang Seram Bangat

Iklan tayar jenama Autoway yang seram bangat dari Jepun. Fuhh.. Memang seram. Siap ade tanda Warning lagi. Huhuhu..

Korang jangan tengok kalau korang tak cukup berani. Telor yang gagah perkase nie pun kecut juga dibuatnya. Demit betul. Terkejut telor. Hahaha..


Tuesday, December 3, 2013

Surat kepada Santa Claus

Comelnya.. Mesti penat adik nie salin URL mainan yang dia idamkan. Siap kirim salam kat Pn Santa Claus lagi. Hehehe..

Kepada En Santa Claus pula, selamat menyalin kembali URL ini di browser. Hahaha..


Monday, December 2, 2013

Wanita-wanita yang gagah perkasa

Jom kita tengok bagaimana wanita di China menjalani latihan lasak bersama lelaki. Hebat-hebat.. Telor pun belum tentu boleh buat macam wanita ini buat. Adoiii.. Kesian telor. Nampak sangat stamina telor tak mantop. Haha..

Jom kita makan telor ayam kampung banyak-banyak lepas ni nak? Baru la kita ade umphhh dan mantop lepas tu! Hahaha..


Wednesday, October 30, 2013

Baby Yang Comel Lote

Wahh.. Comelnya baby nie. Telor pun tak pasti samada baby nie menangis SEDIH sebab suara mama dia teruk sangat atau menangis GEMBIRA bila dengar mama dia menyanyi. Hahaha..

Tapi yang telor pasti, baby nie memang comel. Sebijik macam telor waktu kecik-kecik. Hahaha..


Monday, October 28, 2013

Baju Dalam Yang Boleh Tweet

OgilveyOne Athens telah mereka baju dalam yang boleh tweet tiap kali baju dalam dibuka. Yup betul. Korang tak salah dengar. Tiap kali baju dalam dibuka, tiap kali itu la gegirl akan mendapat tweet dari baju dalam ini. Fungsi ini direka supaya gegirl sentiasa diingatkan untuk melakukan pemeriksaan barah payudara. Nice. Hehehe..


Sunday, October 27, 2013

Cara Nak Jual Apartment Murah di Negara China

Di negara China, terdapat 1 projek apartment yang dijual dengan harga yang murah sekali berbanding dengan harga apartment-apartment lain. Sebab ape apartment ini boleh dijual dengan harge yang murah? Moh kita siasat.


Thursday, October 24, 2013

Kisah wanita yang menunggu....

Koleksi gambar wanita-wanita di Sepanyol yang sedang menunggu. Kalau korang hebat, cube korang teka wanita-wanita ini tengah tunggu ape sebenarnya. Hehehe..


Wednesday, October 23, 2013

Iklan Ilusi Optik dari Honda

Mak aihhh.. Ternganga mulut telor dibuatnya bile tengok iklan ini. Ish ish ish.. Nampak sangat telor nie mudah diperdaya. Adoii.. Hahaha..


Tuesday, October 22, 2013

Kereta Ninja

Huyyoo.. Tak sangka telor ade kereta yang menyorok kat dalam semak tu. Hebat-hebat.. Kereta nie mesti Ninja yang punya. Hehehe..


Tuesday, October 1, 2013

Cara Nak Elak Daripada Bayar Tiket Keretapi

Lokasi dikatekan berlaku di negara China. Hebat hebat.. Harap-harap stesen keretapi di Malaysia ade lubang pembentung macam ini dibawah pagarnya. Boleh la kita same-same try teknik ini nanti. Betul tak? Hahaha..


Fesyen De-Daun

Fesyen daun daripada Tang Chiew Ling. Menarik. Jom kita pakai daun aje lepas nie bila kemana-mana. Selain nampak unik, ianya juga nampak seksi bagi gegirl. Hehehe.. Kalau boboy, err.. tak perla la kot nak pakai fesyen daun nie telor rase. Bukan ape. Kesian makcik clener nak kena mop lantai sentiasa. Ramai sangat orang yang muntah nanti menengoknya. Hahaha..


Friday, September 27, 2013

Ini Cili, Turkey Juga Mari

Patut la Cili dari Turkey sedap-sedap semua rasenya. Depa dok jemur sepanjang jalan sampai kering rupenya. Tambah-tambah lagi kalau dapat rase Cili bekas dipijak Abang Turkey berseluar putih. Lagi la sedap rasenya. Yum yum yum.. Hahaha..

Ehh jap jap telor. Cili rase sedap??? Bukan Cili rase pedas ke??? Err.. Alamak!! Telor tersilap taip le pula. Adoii.. Nampak sangat telor gune Google Translate. Kantoi.. Hahaha..


Sunday, September 22, 2013

Rumah Kecil Untuk Pelajar

Pada tahun 2014, sebanyak 22 buah rumah mesra alam akan dibina untuk pelajar Lund University di Sweden. Apabila siap nanti, harga sewa rumah ini lebih murah 50% daripada harga sewa rumah yang disewa pelajar sekarang.

Rumah mesra alam yang berkeluasan 100 kaki persegi ini diperbuat daripaday kayu dan direka oleh Tengbom. Ohsem!!


Thursday, September 19, 2013

Helmet ini Spiderman yang Punya

Ohsem!! Helmet berkonsepkan Spiderman daripada Dony Custom. Berminat?? Korang boleh beli dari sini ya. Tak mahal pun. Hanya USD 432.20 seunit aje. Hehehe..

Telor nak beli helmet nie. Tapi nanti korang ingat telor nie Spiderman la pula. Jadi tak jadilah telor nak beli. Hahaha..


Wednesday, September 18, 2013

Haiwan peliharaan Telor

Inilah haiwan peliharaan telor. Nama dia Chuky. Tiap-tiap malam, Chuky akan tido bersama telor. Port biase Chuky macam biese adelah dibawah katil telor. Chuky nie manja sikit. Dia suka tunggu telor tido. Bile Chuky confirm telor dah tido, Chuky akan ngap telor. NGAP!! NGAP!! NGAP!! Sebab tu sehingga sekarang, telor belum tido-tido lagi. Telor risau Chuky ngap telor nanti. Hahaha..

Okeh. Telor reka aje cerita. Ini cerita yang betul. Hehehe.. Di negara Zimbabwe, seekor buaya telah menyelinap masuk kedalam bilik dan telah menyorok dibawah katil sepanjang malam tersebut. Mujur tiada siapa-siapa yang cedera.


Wednesday, September 4, 2013

Jom kita main Ctrl+V

Hahaha.. Best la permainan nie. Telor baru aje tahu yang ade permainan macam nie. Kantoi ape yang tengah di COPY. Hahaha..

Okeh. Jom kita main. Carenya senang aje. Apa yang KEYBOARD korang tengah SAVE sekarang? Korang tekan Ctrl+V atau Command+V dan paste didalam ruangan komen.

Haaa... Ape yang korang COPY tu. Kantoi.. Hahaha..


Dikopi dari buzzfeed

Sunday, August 25, 2013

Koleksi Setem Bertemakan Kereta

Kepade pengumpul tegar setem, korang boleh la menambah koleksi setem korang dengan setem yang bertemakan kereta dari United Kingdom ini. Ade 6 kereta semuanya. Semua kereta antik. Cantik.

Jika korang berminat dengan koleksi ini, korang boleh beli dari link ini. Oh ya. Lepas korang dah beli, korang jangan lupa utus surat kepada telor dengan menggunakan setem itu ya. Hahaha..


Wednesday, August 14, 2013

Pabile Puteri-Puteri Disney Berinstagram

Kelakar telor rase bile puteri-puteri Disney nie ber-Instagram. Hehehe.. Sape-sape yang tak paham maksud telor, maknenya dia belum pernah lagi ber-Instagram le tue. Kantoi.. Hahaha..


Tuesday, August 13, 2013

Jom Kita Bergambar Secare Senget

Karya terbaru daripada jurugambar Romain Laurent yang bertajuk Tilt. Wow.. Gambar yang hebat. Sampai senget-senget kepala telor menengoknye. Hahaha..


Saturday, August 10, 2013

Akibat tak puas hati dengan Telor, Telor dipecahkan

Akibat telor sentiasa lambat update blog telordibasuh, sekumpulan tunjuk perasaan telah memecahkan hampir 100 ribu biji telor didepan rumah telor akibat tanda protes tak puas hati. Amboi.. sampai macam tu sekali korang protest dengan telor ya. Hahaha..


Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin


Yeaaay... Hari ini dah 1 Syawal 1434H. Dah hari raya rupenye. Yahooo... Yabedabedoo... Hehe..

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Maaf Zahir & Batin jika penulisan telor ada kekurangan, tersilap dan terkasar bahasa. Minta maaf banyak-banyak. Kita kira 0-0 yea. Hehe..

Jom tunggu ape lagi. Moh le kita kutip duit raya. Tapi jangan lupa simpan sikit duit raya tu. Mana le tahu tiba-tibe baju telordibasuh keluar lepas ni. Ade le duit nak beli. Hahaha..

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin =)

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
telordibasuh.blogspot.com

Wednesday, August 7, 2013

Hidup ini susah bangat rupenya

Ini adelah karya seni yang bertajuk “Life is Hard”. Dihasilkan oleh Andrew Lakatusu’s yang berasal daripada negara Romania. Moh kita tengok karyanya. Korang jangan risau. Karya si mamat Andrew Lakatusu’s ini senang aje paham walaupun tajuknya "Susah". Hehehe


Monday, August 5, 2013

Berkorban demi kawan baik atau kena buli dengan kawan baik?

Cube korang teka. Gegirl baju putih tu tolong secare ikhlas atau dia kena buli dengan gegirl baju biru? Haa... Jom kita sama-sama fikirkan ya. Hehehe..


Bro, ade light tak?

Hahaha.. Lain ditanya, lain dijawab.


Thursday, August 1, 2013

How I Feel When Women Talk About Colors

Yup. Setuju. Telor sokong 100% tanpa bantahan mahupun bangkangan. Susah jadi boboy nie bila sembang bab warna dengan gegirl. Hahaha..


Tuesday, July 30, 2013

Pantai yang boleh bergesel-gesel

Pantai yang boleh bergesel-gesel ini terletak di Rio de Janeiro Brazil. Namanya pantai Copacabana. Sebab ape boleh bergesel-gesel? Korang tengok la sendiri. Hahaha..


Thursday, July 25, 2013

Kereta Api Yang Ramai Betul Penumpang

Stesen keretapi di Beijing, China ketika waktu puncak. Mak aihh.. ramai betul orang. Kalah keretapi komuter di Malaysia. Kalau penumpang kat Malaysia dah jadi ikan sardin ketika waktu puncak, ini penumpang kat China mahu jadi ikan pekasam terus nie. Hahaha..


Vespalogy 1943 - 2013

Jom kita tengok evolusi sebuah motor Vespa dari tahun 1943 hinggga 2013. Menarik menarik..

Tapi.. telor tengok macam same aje rupe motor Vespa dulu dan sekarang. Evolusinya macam tak berape nampak. Pada mata telor la. Adoii.. Nampak sangat yang telor nie bukan mat motor. Koman betul la telor nie. Hahaha..


Wednesday, July 24, 2013

Lagi Kes Rumah Dipulaukan

Di China, jika rumah kita tak nak berpindah sama-sama dengan rumah jiran-jiran yang lain, rumah kita akan dipulaukan. Hah!! Dipulaukan??

Macam biase, disebabkan pampasan yang dirasekan tidak setimpal daripada pemaju hartanah, pemilik rumah ini TAKNAK berpindah ke tempat lain. Akibatnya, tinggal rumah dia sahaja disitu. Manakala rumah lain-lain telah dirobohkan untuk dimajukan.

Ish ish ish... Sian kat rumah tu kan? Duduk rumah tue sorang-sorang disitu tanpa kawan-kawan seperumahan. Dengan siapa rumah nie nak bual-bual dah sekarang? Dengan siapa rumah nie nak gosip-gosip dah sekarang? Mesti tiap-tiap malam rumah nie nagis sorang-sorang sambil tengok bulan. Hahaha...


Pulau ini Lanun yang punya

Di England, seorang yang kaya raya (Nama dirahsiakan sebab takut waktu raya nanti, ramai orang serbu dia minta duit raya. Hahaha.. Ok telor tipu aje yang tu. Hehehe..) telah membuat pulau buatan yang bertemakan lanun. Pulau yang dinamakan Pulau Challis ini dibina di sebuah tasik persendirian.

Pulan bertemakan lanunu ini dibina lengkap dengan pantai, pub untuk minum-minum, jeti untuk tambat bot, runtuhan bagunan dan pelbagai lagi. Jika korang berminat nak minta duit raya daripada lelaki ini, korang boleh melawat website Pulau Challis ini ya untuk mendapatkan lebih info mengenai pemilik rumah ini. www.challisisland.com. Hahaha..

Oh ya. Lupe pula telor nak beritahu. Pulau lanun ini dibina oleh The Master Wishmakers. Jika korang berminat juga nak ade pulau sendiri juga dengan tema-tema tertentu, boleh la hubungi mereka ya. Selamat berpulau. Hehehe..


Friday, July 19, 2013

Sedih... Iklan Raya dari Samsung

Sob sob sob... Sedihnya iklan raye nie... Huhuhu... Sape tak sedih tu dalam hati dia mesti takde taman. Hahaha..

Ehh.. Jap jap.. maknenya dalam hati telor ade taman la yea. Kantoi... Hahaha.. Alamak!!! Telor silap cakap le pula. Aduss...


Wednesday, July 17, 2013

Magik Yang Guna 2 Jari

Magik yang menarik. Pakai 2 jari aje. Rambut abang nie terus berubah. Cool.. Hahaha..


Tuesday, July 16, 2013

Kereta Pertama Di Negara Nepal

Pada tahun 1940, Adolf Hitler telah menghadiakan sebuah kereta 1938 Mercedes Benz kepada Raja Triubhuvan. Raja Triubhuvan nie adelah raja di negara Nepal pade waktu tersebut.

Memandangkan ia adalah kereta pertama di negara Nepal, jadi ianya telah dibawa ke ibu negara Nepal dengan cara di diangkat kerana pada tahun 1940, negara Nepal tidak ade jalan raya lagi.

Mak aihh.. Hebat-hebat. Telor tetibe rase kagum la pule. Hehehe..


Jom makan Hotdog Bakar

Kalau kat Malaysia ade Burger Bakar, kat Jepun pula ade ade Hotdog Bakar. Hahaha.. Di Jepun, Hotdog Bakar nie dibuat dengan mencampurkan minyak/dakwat sotong agar ianya berwarna hitam. Di Malaysia pule, Burger Bakar nie dibuat oleh orang yang bernama Pak Bakar. Hahaha..

Okeh. Telor tipu aje yang tu. Hehehe.. Jika korang berminat, Hotdog bakar ini boleh dibeli di Akihabara, Tokyo. Yum yum yum...


Saturday, July 13, 2013

Rumah yang luar biase

Cube korang teka ape yang luar biase tentang rumah ini?


Friday, July 12, 2013

Motosikal untuk ke Bazar Ramadhan

Motosikal ini dicipta oleh Show Stopper Studios jika kot-kot zaman zombie muncul nanti. Bile zombie muncul, boleh la lari dengan mengguanakan motosikal ini. Bile ade zombie aje manghalang, boleh la terus tembak. Hebat hebat. Kalau ade road block depan jalan pun boleh tembak juga. Bile agak-agak terlupa nak bawa lesen memandu. Hahaha..

Okey. Ape kaitan pula motorsikal ini dengan bazar ramadhan pula telor? Err.. Takde kaitan sebenarnye pun. Telor saje jea tulis tajuk macam tu. Hahaha..


Wednesday, July 10, 2013

Iklan bertajuk "Hand" dari Honda sempena Ulangtahun Ke 65


Iklan dari Honda yang menarik untuk ditengok sementara menunggu waktu berbuke pose. Hehehe.. Jom kita same-same tengok. Best!!

Saturday, July 6, 2013

Topeng Muka Guy Fawkes

Jom kita tengok bagaimana topeng muka Guy Fawkes atau lebih glamer lagi dikenali sebagai topeng muka Anonymous dibuat. Hohoho... Kilang ini terletak di Sao Goncalo, Rio de Janeiro, Brazil.

Telor nak bagitahu korang 1 rahsia. Jangan ketawe ya. Sebenarnya telor suke tengok topeng muka si Guy Fawkes nie. Telor rase muka dia hensem. Hahaha..


Thursday, July 4, 2013

Kereta & FIlem

Poster mengenai kereta & filem daripada artis Jesús Prudencio. Ish ish ish.. Kesian telor. Daripada 14 poster filem nie, hanya 4 filem sahaja telor dah tengok. Okeh.. Tak boleh jadi nie. Telor kena gandakan usaha untuk tengok lebih banyak filem lagi dimase hadapan. Hahaha..


Pekerja yang sentiasa terkejut

Hehehe.. Sian kat pekerja nie. Asyik terkejut aje. Nasib baik pekerja nie takde melatah. Kalau tak, lagi kuat kawan-kawan dia sakat dia. Hehehe..



Dikopi dari youtube

Wednesday, July 3, 2013

Rupa baru Transformer Bumblebee didalam filem Transformer 4

Alamak. Telor rase rupe terbaru Bumblebee didalam filem Transformer 4 dah tak berape macho dah. Aduhh.. telor baru start menabung nak beli kereta ni. Cancel la kot kalau rupe macam nie. Hahaha..


Tuesday, July 2, 2013

Siput Oink Oink Yang Ade Kuasa Turbo

Jom kita ramai-ramai tengok cerita animasi terbaru daripada DreamWorks yang bertajuk Turbo atau dalam bahasa melayunya bertajuk Siput Oink Oink Yang Ade Kuasa Turbo. Vromm vromm vromm.. Hehehe..

Sementara nak tunggu filem ini muncul dipawagam berdekatan korang, jom kita layan trailer Siput Oink Oink ini dulu. Best. "SLO NO MO" okay. Hahaha..


Jom kita sarapan Beijing Jianbing

Video nie kate Beijing Jianbing nie antara sarapan yang famous di Beijing, China. Nampak macam sedap aje kan? Hehehe.. Agak-agak kat Malaysia ade jual tak? Telor rase macam nak cube makan aje. Mesti rangup sehingga menjilat jari. Hehehe..



Friday, June 21, 2013

Ape yang silap kat gambar ini?

Dah lame telor tak beri teka-teki kan. Hehehe.. Okeh. Kali ni jom korang teka ape yang silap kat gambar ini?


Wednesday, June 19, 2013

Doa Dhuha

Jom kita amalkan baca tiap-tiap pagi :)



Dikopi dari youtube

Tuesday, June 18, 2013

Cara nak menipu didalam Exam

Wow.. Menarik. Boleh la telor cuba nanti. Hahaha.. Tapi sebelum tue, telor nak kena cari dulu casing berbentuk kalkulator. Sape yang tahu ade jual kat mana, sila bagitahu telor ya. Hehehe..


Sunday, June 16, 2013

Jom kita cari logo Pepsi

Ini adelah iklan minuman Pepsi. Iklan minuman Pepsi yang bermotifkan saluran darah ini dicipta oleh agensi pengiklanan BBDO, Düsseldorf. Lepas minum Pepsi, saluran darah akan digantikan dengan saluran Pepsi. Wow.. Abstract sungguh iklannya sampai telor pun pening. Hahaha..

Okeh. Korang pula tak perlu pening-pening fikirkan maksud iklan Pepsi nie. Ape yang korang kena buat adelah.. jom cari kat mana logo Pepsi dalam iklan ini. Senang aje kan? Hehehe..


Tuesday, June 11, 2013

Filem Need For Speed

Yeezaa... Filem daripada game terkenal "Need For Speed" dijangka akan menemui korang pada 14 Mac 2014. Jalan cerita filem ini, telor tak pasti lagi macam mana. Cuma yang telor pasti, dalam filem ini nanti, bile eksiden, tak boleh restart-restart semula ya. Hahaha.. Vroommm Vroommm Vroommm... Jom kita layan trailer ini dulu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...