Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Friday, September 30, 2011

Cikgu kenal tak sape saya?

Mungkin ada yang pernah tengok video ini. Tapi tak kisah la. Telor nak post juga buat yang tak pernah tengok lagi. Hehehe.

Bijak bijak.. Ini mesti mase kecil selalu minum susu jenama Dumex macam telor juga. Haha.. :-)

Pakcik dua warna

Ehh.. apa dah jadi nie pakcik? Lain macam aje kulit pakcik nie? Atas badan warna lain. Bawah badan warna lain. Pakcik salah pakai losyen ke?

Err... tidak lah macam tu anak. Pakcik sentiasa pakai seluar panjang dengan tidak berbaju apabila kemana-mana mase pakcik muda dahulu. Maklumlah, ketika pakcik muda, badan pakcik nie kategori ada banyak petak la juga. Sebab tu badan pakcik ini warna lain-lain. Satu sentiasa terdedah. Satu sentiasa tertutup.

Ohhh... macam tu ke rupanya pakcik. Boleh la diterima jawapan tu. Asalkan ada jawapan. Haha..

Sebuah botol di sebuah bagunan

Okey. Apa yang korang nampak situasi aagak pelik kat dalam gambar ini?

Thursday, September 29, 2011

Email dulu dan sekarang

Sejak dua menjak nie, dapat email dah dianggap perkara biasa kan. Dapat surat lagi seronok. Betul tak kawan-kawan semua? Mesti betul punya lah. Telor kan hebat kalau bab teka meneka nie. Hehehe.

Mukabuku yang glamer

Ini adalah antara senarai fan pages mukabuku yang glamer. Jom kita tengok.

http://www.facebook.com/TexasHoldEm

Jika masalah komputer wujud di dunia nyata

Hehehe. Tak dapat telor nak bayangkan. Tiap kali komputer windows telor crash aje, kepala telor mesti berdarah. Bila firewall ada problem aje, telor mesti terbakar. Arghh... tolong... telor tak nak jadi telor separuh masak...

Wednesday, September 28, 2011

Handjob!

Hehehe. Kalau sebelum ini telor ada post tentang sarung tangan berbentuk spender "Handerpants", kali ini ada produk tangan yang lain pula. Namanya "Handjob!" pula. Hehehe. Telor tak boleh tahan tengok iklan mereka-mereka ini. Iklan sopan ala-ala lucah. Haha..

Sape yang berminat nak beli produk ini, boleh la klik "link" ini ya. Kuang kuang kuang..

Pokok Sedih

Laaa... sedihnya tengok pokok ini selepas dah kena tebang. Sayu rase hati. Hehehe. Tapi kalau korang perasan, ada juga pokok yang gembira kena tebang. Ish ish ish... Macam-macam pokok ni... hehehe

Tuesday, September 27, 2011

Sedapnya. Yum yum..

Wah. Walaupun ini sebenarnya tali kapal aje, bila letak muka orang tengah sedut, telor nampak sedap la pula tali kapal ini. Hehehe

Bagaimana Membuat Topeng dengan "Kedai Gambar"

Cikgu yang bijak

Ish ish ish... Begini la rupenya kertas jawapan peperiksaan apabila seorang murid tak dapat nak menjawab. Ade ke patut dia kate sebab gajah ni dah menghalang soalan tersebut, jadi dia tak dapat nak jawab soalan. Bijak.. Bijak.. Tapi dia ingat dia sorang aje yang bijak. Heloo.. Cikgu pun bijak juga. Mase untuk cikgu balas dendam. Jeng jeng jeng...

Sunday, September 25, 2011

Al-Fatihah....

25 September 1986 - 19 May 2011

Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Jadi untuk "ALAHYARHAM ABDUL HAKIM BIN MOHD KAMAL" yang ke 25 tahun. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Al-Fatihah....

Adakah korang cukup berani?

Hohoho.. Seram gile la kalau situasi ini berlaku. Kalau berlaku kat korang la situasi macam ini, korang masuk juga ke tak tengok wayang? Kalau telor, telor masuk aje sebab telor ada karate tali pinggang putih. Wachhaa.... hehehe.

Nak tegur.., orang tua..

Sama tu dah sama dah. Memang cantik sangat dah tu. Tapi sayang la nak framekan. Lagi-lagi nak letak kat dalam bilik. Mau meremang tengkuk malam-malam tengok walaupun muka sendiri. Hahaha

Muka Buku

Telor dah ada muka buku sendiri. Jangan cemburu. Hehehe. Jom kita ramai-ramai suka muka buku telordibasuh. Korang dah suka belum nie? Telor dah suka dah muka buka telordibasuh :-)


Saturday, September 24, 2011

Pakcik di China

Sebuah pameran kereta di negara China. Macam biasa ramai yang ambil gambar. Termasuk seorang pakcik berbaju putih dengan beg hitamnya.


Jom kita tengok gambar apa yang pakcik ini ambil...

Rokok di Rusia

Seorang lelaki telah membeli sekotak rokok Winston di negara Rusia. Apabila dia membukanya...

Dont Worry, Be Happy


" Kalau teringat nak buat sesuatu kerja, minum air semut dan tunggu... Ingatan tadi akan hilang. Haha"

Penjilat Ass?

Bukan main malaikat lagi abang tak de dagu ni yer..Sampai macam tu sekali nak savekan job. Susah sangat ker? Senang jer, klik menu "file", pastu klik "save" haha. Tapi ini la realiti kehidupan. Tapi berpada2 la. Jangan sampi menjatuhkan martabat sendiri. Maruah kene jaga..

Friday, September 23, 2011

Alamak! Internet takde la pula

Bila internet takde, baru kita jadi rajin. Ehh... macam betul la. Telor pun rajin waktu internet takde aje. Kuang kuang kuang... Hehehe

Seni cap jari

Wow. Ini seni cap jari yang membazir namanya. Walaupun cantik dan kreatif, tetap membazir juga. Hehehe. Kecuali seni cap jari gambar yang no 4 tu. Haaa... Yang ini, nak buat berapa banyak seni cap jari pun takpe. Langsung tak dikira membazir. Hehehe

Thursday, September 22, 2011

Makcik 3 mulut

Alamak! Banyak nye mulut makcik ini. Mesti ubat gigi cepat habis. Belum lagi campur belanja untuk gincu, pelembab bibir dan lain-lain lagi. Wahhh... banyaknya makcik ini kena guna duit. Hehehe. Ini kalau makcik ini mula bergossip, mesti hebat telor rase. Kuang kuang kuang.

Sama 100 peratus

Wahhhh... Hebatnya makcik ini lukis muka dia sendiri dengan menggunakan botol. Memang serupa 100 peratus. Tak ada beza langsung. Yea laa.. kalau ada beza, itu dah dikira melukis muka orang lain. Bukan muka sendiri. Betul kan? hehehe

Wednesday, September 21, 2011

Fenomena Telor


Ehhh... kenapa ramai orang berbual pasal telor di Twitter ini? Mushkil mushkil.. Jom kita ramai-ramai hangatkan lagi fenomena telor ini. Jom jom jom... Hehehe

Terima Kasih banyak-banyak :-)

Waaaah... tak sangka ada kawan-kawan yang sudi buat entry khas untuk blog telordibasuh ini. Terharu rasenya. Hehehe. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih kepada "Ella Si Purple" dan "Kaio Dot My. Sebagai tanda terima kasih kepada korang, telor buat entry untuk korang pula. Nanti buat entry untuk telor lagi ya. Kuang Kuang Kuang.. Hehehe

Kejadian setiap malam

Tolong saya..

"Naik pinau mata saya bile dlm keadaan sebegini rupa" kata abang sikat dahi ini kepada pembaca blog telordibasuh ini. Dia tidak berhenti disitu, malah meminta supaya kita menolong beliau kembali rotatekan keadaan kepada yang asal. "Boleh sesiapa di luar sana rotatekan saya?plz... :(" tambah beliau.


Oleh kerana hanya saya shj yg dibenarkan untuk rotate, maka saya pun rotatekan la seperti di bawah..

Tuesday, September 20, 2011

Gaban yang kacak

Wow.. Bergayanya Gaban ini. Korang kenal tak gaban? Kalau tak kenal, mesti korang baru aje lahir. Hehehe. Telor ada satu rahsia mengenai gaban ini. Kalau korang nak tahu, telor rase la kan, gaban ini buta sebenarnya. Gaye aje lebih. Tapi apa pun tak nampak. Hehehe. Kalau korang tak percaya kate telor, korang tengok la sendiri.

Traktor yang hebat

Uishhh... betul ke nie? Gambar ini macam nak tipu telor aje. Tidak semudah itu. Hehehe. Err... Tapi tengok macam betul. Takde pula kesan-kesan "kedai gambar". Konfius.. konfius..

Ilusi optik untuk kaum lelaki

Haaa... Ape yang korang nampak tu? Ish.. Ish.. Ish.. Ini bukulah. Hehehe

Monday, September 19, 2011

Kasut Tumit Tinggi

Wahhh... Sekarang ni orang perempuan dah boleh pakai kasut tumit tinggi jenama Nike ketika bersukan. Cool sangat. Tetap bergaya walaupun bersukan. Hebatkan? Hehehe.

iNotePad

Hehehe. Macam ini punya barang pun ada. Memang betul-betul iNotePad la. Hehehe

Sunday, September 18, 2011

Saving Private Ryan

Keyboard


Gotcha! Korang check keyboard kan? Heheheh

Saturday, September 17, 2011

Burung Marah

Laaa... burung marah ini betul betul wujud rupanya. Telor ingatkan hanya imanigasi semata-mata. Hehehe. Tapi yang telor confirm, musih ketat si burung marah ini betul-betul wujud di dunia nya. 100 peratus konfirm wujud. Heheheh

Kedai Gambar

Wahh... Macam best aje kalau dapat guna "kedai gambar" di dunia nyata ya. Kedai gambar tak paham? Photoshop la. Hehehe. Mana satu idman korang jika diberi pilihan untuk menggunakan kedai gambar di dunia nyata ya? Telor punya pilihan... Emmm... Gambar no 4 kot. Kuang Kuang Kuang. Heheheh.

Friday, September 16, 2011

Perasan tak?

Wahhh... kalau sekali pandang, mesti tak perasan yang logo dah bertukar. Dua kali pandang, baru perasan. Korang pun same juga kan? Hehehe.

Thursday, September 15, 2011

Kertas dinding telor

Wahhh.. tak sangka telor dah jadi kertas dinding untuk Microsoft Windows 8. Terharu rasenya. Jangan jeles.. Hehehe

Creative Puzzle

Alahai comelnyer bentuk2 puzzle ni. Kreatif sungguh mika2 ni semua. Yang bawah sekali tu senang nk jumpa di rumah2 lama.

5 cara nak putuskan hubungan

Hehehe. Berikut adalah 5 cara untuk berpisah dengan pasangan anda tanpa menyakiti perasaan beliau. Kelakar la telor rase cara-cara nak putuskan hubungan ini. Siap ada penanda kesusahan lagi bagi tiap-tiap teknik. Korang rase, teknik mana yang paling berkesan? Telor pilih teknik no 3. Macam senang sikit nak buat. Hehehe

Wednesday, September 14, 2011

Stapler yang ganas

Wow. Ganasnya stapler remover ini. Tajam-tajam giginya. Nak guna pun takut. Hehehe

Buah buahan kegemaran


Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti.

Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda.

Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:

7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:

a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya

Buah manakah yang akan anda pilih?

Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.

Jangan klik link ini sebelum pilih buah ya. Tak best la main tipu... Hehehe

Tumpahan warna

Inilah hasil lukisan oleh telor waktu dikala lapang dengan menggunakan tumpahan warna aje. Habatkan telor. Macam tak caye aje telor yang buat. Heheheh. Telor acah aje. Bukan telor yang buat :-)

Batman

Tuesday, September 13, 2011

Pembersih

Tandas sekarang memang canggih. Semua wireless. Semua pentingkan kebersihan. Cuma satu aje yang tak wireless dan itu punca segala kekotoran semula. Adoii... Hehehe.

Wow. Hebatnya anjing ini

Seram pun ada. Kagum pun ada juga. Tapi telor rase lagi seram dari kagum. Hehehe

Selamat Hari Jadi yang best

Wahh... Bertuah nya lelaki ini. Sampai begini sekali kawan-kawan dia sambut birthday dia. Tak boleh jadi macam ini. Ada sape-sape yang sukerela tak nak sambut hari jadi telor ala-ala macam ini? Heheheh.

Monday, September 12, 2011

Invisible..hahaha

Mereka juga mempunyai keupayaan seperti manusia selain menggesel kaki orang..hahaha

Bakat Terpendam

Huh?? Tidak.... kenapa ini yang berlaku kepada telor. Telor ada bakat terpendam rupanya. Tapi... Poster ini kate bakat telor ini hanya membazir. Arghh... Tidak.... Poster yang kejam...

Sunday, September 11, 2011

Fuhh kesiannya abang kat bawah tadi...

Cuma aku sekor jer nampak ape yg akak montok dh perlakukan kt abang dada td..ermm..
Nasib baik akak tu tak perasan kehadiran ku td. Aku intai jer dari tadi..hehe. berjaya jugak teknik spy aku ni kt sebelah tiang bumper td.

Kuasa "wanita"

Bestnya port aku ni..selesa. Takde sesape pun berani ganggu aku. Huh sape tu?

Iphone VS Blackberry VS Android

Kepada pengguna phone saya, beri hitam dan ANDROID.. renung2 kan dan selamat beramal :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...