Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Tuesday, July 30, 2013

Pantai yang boleh bergesel-gesel

Pantai yang boleh bergesel-gesel ini terletak di Rio de Janeiro Brazil. Namanya pantai Copacabana. Sebab ape boleh bergesel-gesel? Korang tengok la sendiri. Hahaha..


Thursday, July 25, 2013

Kereta Api Yang Ramai Betul Penumpang

Stesen keretapi di Beijing, China ketika waktu puncak. Mak aihh.. ramai betul orang. Kalah keretapi komuter di Malaysia. Kalau penumpang kat Malaysia dah jadi ikan sardin ketika waktu puncak, ini penumpang kat China mahu jadi ikan pekasam terus nie. Hahaha..


Vespalogy 1943 - 2013

Jom kita tengok evolusi sebuah motor Vespa dari tahun 1943 hinggga 2013. Menarik menarik..

Tapi.. telor tengok macam same aje rupe motor Vespa dulu dan sekarang. Evolusinya macam tak berape nampak. Pada mata telor la. Adoii.. Nampak sangat yang telor nie bukan mat motor. Koman betul la telor nie. Hahaha..


Wednesday, July 24, 2013

Lagi Kes Rumah Dipulaukan

Di China, jika rumah kita tak nak berpindah sama-sama dengan rumah jiran-jiran yang lain, rumah kita akan dipulaukan. Hah!! Dipulaukan??

Macam biase, disebabkan pampasan yang dirasekan tidak setimpal daripada pemaju hartanah, pemilik rumah ini TAKNAK berpindah ke tempat lain. Akibatnya, tinggal rumah dia sahaja disitu. Manakala rumah lain-lain telah dirobohkan untuk dimajukan.

Ish ish ish... Sian kat rumah tu kan? Duduk rumah tue sorang-sorang disitu tanpa kawan-kawan seperumahan. Dengan siapa rumah nie nak bual-bual dah sekarang? Dengan siapa rumah nie nak gosip-gosip dah sekarang? Mesti tiap-tiap malam rumah nie nagis sorang-sorang sambil tengok bulan. Hahaha...


Pulau ini Lanun yang punya

Di England, seorang yang kaya raya (Nama dirahsiakan sebab takut waktu raya nanti, ramai orang serbu dia minta duit raya. Hahaha.. Ok telor tipu aje yang tu. Hehehe..) telah membuat pulau buatan yang bertemakan lanun. Pulau yang dinamakan Pulau Challis ini dibina di sebuah tasik persendirian.

Pulan bertemakan lanunu ini dibina lengkap dengan pantai, pub untuk minum-minum, jeti untuk tambat bot, runtuhan bagunan dan pelbagai lagi. Jika korang berminat nak minta duit raya daripada lelaki ini, korang boleh melawat website Pulau Challis ini ya untuk mendapatkan lebih info mengenai pemilik rumah ini. www.challisisland.com. Hahaha..

Oh ya. Lupe pula telor nak beritahu. Pulau lanun ini dibina oleh The Master Wishmakers. Jika korang berminat juga nak ade pulau sendiri juga dengan tema-tema tertentu, boleh la hubungi mereka ya. Selamat berpulau. Hehehe..


Friday, July 19, 2013

Sedih... Iklan Raya dari Samsung

Sob sob sob... Sedihnya iklan raye nie... Huhuhu... Sape tak sedih tu dalam hati dia mesti takde taman. Hahaha..

Ehh.. Jap jap.. maknenya dalam hati telor ade taman la yea. Kantoi... Hahaha.. Alamak!!! Telor silap cakap le pula. Aduss...


Wednesday, July 17, 2013

Magik Yang Guna 2 Jari

Magik yang menarik. Pakai 2 jari aje. Rambut abang nie terus berubah. Cool.. Hahaha..


Tuesday, July 16, 2013

Kereta Pertama Di Negara Nepal

Pada tahun 1940, Adolf Hitler telah menghadiakan sebuah kereta 1938 Mercedes Benz kepada Raja Triubhuvan. Raja Triubhuvan nie adelah raja di negara Nepal pade waktu tersebut.

Memandangkan ia adalah kereta pertama di negara Nepal, jadi ianya telah dibawa ke ibu negara Nepal dengan cara di diangkat kerana pada tahun 1940, negara Nepal tidak ade jalan raya lagi.

Mak aihh.. Hebat-hebat. Telor tetibe rase kagum la pule. Hehehe..


Jom makan Hotdog Bakar

Kalau kat Malaysia ade Burger Bakar, kat Jepun pula ade ade Hotdog Bakar. Hahaha.. Di Jepun, Hotdog Bakar nie dibuat dengan mencampurkan minyak/dakwat sotong agar ianya berwarna hitam. Di Malaysia pule, Burger Bakar nie dibuat oleh orang yang bernama Pak Bakar. Hahaha..

Okeh. Telor tipu aje yang tu. Hehehe.. Jika korang berminat, Hotdog bakar ini boleh dibeli di Akihabara, Tokyo. Yum yum yum...


Saturday, July 13, 2013

Rumah yang luar biase

Cube korang teka ape yang luar biase tentang rumah ini?


Friday, July 12, 2013

Motosikal untuk ke Bazar Ramadhan

Motosikal ini dicipta oleh Show Stopper Studios jika kot-kot zaman zombie muncul nanti. Bile zombie muncul, boleh la lari dengan mengguanakan motosikal ini. Bile ade zombie aje manghalang, boleh la terus tembak. Hebat hebat. Kalau ade road block depan jalan pun boleh tembak juga. Bile agak-agak terlupa nak bawa lesen memandu. Hahaha..

Okey. Ape kaitan pula motorsikal ini dengan bazar ramadhan pula telor? Err.. Takde kaitan sebenarnye pun. Telor saje jea tulis tajuk macam tu. Hahaha..


Wednesday, July 10, 2013

Iklan bertajuk "Hand" dari Honda sempena Ulangtahun Ke 65


Iklan dari Honda yang menarik untuk ditengok sementara menunggu waktu berbuke pose. Hehehe.. Jom kita same-same tengok. Best!!

Saturday, July 6, 2013

Topeng Muka Guy Fawkes

Jom kita tengok bagaimana topeng muka Guy Fawkes atau lebih glamer lagi dikenali sebagai topeng muka Anonymous dibuat. Hohoho... Kilang ini terletak di Sao Goncalo, Rio de Janeiro, Brazil.

Telor nak bagitahu korang 1 rahsia. Jangan ketawe ya. Sebenarnya telor suke tengok topeng muka si Guy Fawkes nie. Telor rase muka dia hensem. Hahaha..


Thursday, July 4, 2013

Kereta & FIlem

Poster mengenai kereta & filem daripada artis Jesús Prudencio. Ish ish ish.. Kesian telor. Daripada 14 poster filem nie, hanya 4 filem sahaja telor dah tengok. Okeh.. Tak boleh jadi nie. Telor kena gandakan usaha untuk tengok lebih banyak filem lagi dimase hadapan. Hahaha..


Pekerja yang sentiasa terkejut

Hehehe.. Sian kat pekerja nie. Asyik terkejut aje. Nasib baik pekerja nie takde melatah. Kalau tak, lagi kuat kawan-kawan dia sakat dia. Hehehe..



Dikopi dari youtube

Wednesday, July 3, 2013

Rupa baru Transformer Bumblebee didalam filem Transformer 4

Alamak. Telor rase rupe terbaru Bumblebee didalam filem Transformer 4 dah tak berape macho dah. Aduhh.. telor baru start menabung nak beli kereta ni. Cancel la kot kalau rupe macam nie. Hahaha..


Tuesday, July 2, 2013

Siput Oink Oink Yang Ade Kuasa Turbo

Jom kita ramai-ramai tengok cerita animasi terbaru daripada DreamWorks yang bertajuk Turbo atau dalam bahasa melayunya bertajuk Siput Oink Oink Yang Ade Kuasa Turbo. Vromm vromm vromm.. Hehehe..

Sementara nak tunggu filem ini muncul dipawagam berdekatan korang, jom kita layan trailer Siput Oink Oink ini dulu. Best. "SLO NO MO" okay. Hahaha..


Jom kita sarapan Beijing Jianbing

Video nie kate Beijing Jianbing nie antara sarapan yang famous di Beijing, China. Nampak macam sedap aje kan? Hehehe.. Agak-agak kat Malaysia ade jual tak? Telor rase macam nak cube makan aje. Mesti rangup sehingga menjilat jari. Hehehe..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...