Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Wednesday, August 29, 2012

Main alat muzik guna otot

Haha.. Terbaik. Sape-sape badan yang berketul tue.. boleh la cuba teknik ini untuk bermain alat muzik ya. Lagi pun tekniknya senang aje. Hanya perlu gerak-gerakan otot dada. Haha..

Lagipun liriknya senang juga. Tak susah mana pun. "Muscle.. muscle.. muscle.. What??? Muscle.. muscle.. muscle.." Haha..


Pabila PSY - Gangnam Style buat Konsert

Sekarang ini, kat mukabuku telor semua orang asyik sibuk dengan Gangnam Style. Best sangat ke Gangnam Style nie?

Telor tengok videonye takde la best mana pun. Ade la kelakar sikit-sikit lebih-lebih lagi kat budak kecik tu. Gaya punye la ganster. Tak padan dengan kecik. Ini kalau dia anak buah telor, dah lama telor buli dia. Haha..

Tapi.. bila telor tengok Gangnam Style ni buat konsert, waaaaaaaaaaahhhhhhhhhh... telor tibe-tibe aje suka Gangnam Style nie. Tolong... Telor nak menari sama... Haha..



Tuesday, August 28, 2012

Apabila Chuck Norris bermain game

Sape yang tak kenal Chuck Norris bermakna dia bukan peminat sejati filem aksi. Haha..

Secara ringkas, Chuck Norris ini adelah musuh ketat Bruce Lee. Kenapa Chuck Norris ini marah sangat kat Bruce Lee? Haha.. itu korang kena cari kat sendiri. Hehe..

Okey. Jom kita tengok aksi Chuck Norris apabile bermain game. Hebat yang teramat sangat tu skill dia. Kalah skill telor. Haha..



Album perkahwinan Barbie & Ken

Selamat pengantin baru Barbie & Ken. Dua-dua nampak hensem dan cantik. Semoga bahagia hingga ke anak cucu ya. Haha..


Monday, August 27, 2012

Mari belajar ABC cara dunia moden

Wow.. Best belajar ABC cara sekarang. Kecil-kecil dah belajar E = Email, A = Apple, D = DSLR. Hoho.. Hebat budak zaman sekarang. Tapi ade kekurangan sikit la telor rase dengan carta ABC nie. Kalau huruf T = Telor lagi stylo kot. Haha..


Friday, August 24, 2012

Jom cari gambar tersembunyi

Dah lama kite tak main permainan cari-cari kan. Jom kali ini kita main. Haa.. Cube korang cari singa didalam gambar ini. Ade jumpe tak? Sape tak jumpe, dia tak hebat. Haha..


Cara betul untuk berbual dengan beruang

Ehh.. Ade Encik Beruang la.


Sunday, August 19, 2012

Skill hebat yang telor tak boleh buat

Fuhh.. Hebat skill perempuan ini. Dia boleh melintas diantara 2 buah lori macam tu aje tanpa ade alat keselamatan. Hebat-hebat. Nasib baik tak jatuh. Kagum-kagum. Telor yang hebat ini pun belum tentu boleh buat macam tu. Haha..


Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin


Yeaaay... Hari ini dah 1 Syawal 1433H. Dah hari raya rupenye. Yahooo... Yabedabedoo... Hehe..

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Maaf Zahir & Batin jika penulisan telor ada kekurangan, tersilap dan terkasar bahasa. Minta maaf banyak-banyak. Kita kira 0-0 yea. Hehe..

Jom tunggu ape lagi. Moh le kita kutip duit raya. Tapi jangan lupa simpan sikit duit raya tu. Mana le tahu tiba-tibe baju telordibasuh keluar lepas ni. Ade le duit nak beli. Haha..

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin =)

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,
telordibasuh.blogspot.com

Saturday, August 18, 2012

Jenis-jenis jagung

Jom kite belajar jenis-jenis jagung atau dalam bahasa omputihnya corn.

Corn


Friday, August 17, 2012

Asal usul Platypus


Platypus. Sape pernah dengar haiwan bernama Platypus? Tak pernah dengar? Ok. Bagus. Hehe..

Platypus ni seekor haiwan yang unik. Platypus ni haiwan mamalia yang bertelor manakala haiwan mamalia yang lain melahirkan anak. Mempunyai paruh seperti itik, mempunyai ekor seperti memerang dan hidup dua alam.

Jadi bagaimana Platypus ini boleh jadi macam tu? Jom kita siasat.


Kenderaan untuk balik raya

Poster kapal terbang Star Wars untuk peminat tegar Star Wars. Selamat berposter dan selamat balik beraya. Hati-hati diangkasa. Haha..


Dikopi dari bitrebels

Monday, August 13, 2012

Lagu Raya dari Metallica

Terbaik. Lagu hari raya dari kumpulan Metallica. Macam betul-betul lah Metallica ni yang nyanyi. Haha.. Ohsem.



Dikopi dari YouTube

Kerusi Telor

Di Perancis, terdapat bar yang mempunya kerusi berbentuk telor. Ohsem. Apa-apa barang yang ade kaitan dengan telor, mesti comel-comel kan? Haha..


Asal usul permainan LEGO

Jom kita belajar sajarah bagaimana permainan LEGO boleh tercipta. Menarik sebab sejarah kali ini disampaikan dalam bentuk animasi. Jadi takde la mengantuk sangat. Hehe..


Saturday, August 11, 2012

Cara melukis kucing

Jom belajar cara melukis kucing dalam 3 langkah yang mudah aje.


Iklan SportCenter dari ESPN

Haha.. Terbaik. Iklan promosi dari ESPN untuk rancangan SportCenter mereka. Ohsem.



Basikal Fliz

Inilah basikal Fliz. Basikal yang takde padel untuk mengayuh dan kerusi untuk duduk. Korang kena guna kaki untuk mengayuh manakala badan korang pula akan tergantung-gantung. Masih lagi dalam fasa prototaip, basikal Fliz ini disasarkan untuk digunakan di kawasan bandar.

Amacam? Berkenan ke dengan design basikal Fliz ini? Canggih sungguh rupanya kan. Sangat sesuai untuk mereka yang takut naik basikal sebab takut jatuh, tapi malu nak letak roda ke 3 di basikal. Haha..

Dengan basikal Fliz ini, korang bukan setakat tak jatuh, malah begitu bergaya sekali ketika ke kedai membeli barang atau bersiar-siar di taman. Haha..


Friday, August 10, 2012

Patung pun tahu tutup aurat masa bulan pose nie

Haha.. Hensem lagi bergaya bila patung-patung ini tutup aurat. Jom kita tutup aurat sama-sama. Bila lagi kita nak hensem lagi bergaya macam patung-patung ini juga. Hehe..


Sarung tangan "Saya Suka" memasak

Hehe.. Stylo la sarung tangan "Saya Suka" memasak nie. Tibe-tibe telor rase macam berminat nak memasak le pula. Haha..

Berminat dengan sarung tangan "Saya Suka" memasak ini? Korang boleh beli di sini ya. Kalau beli tu, beli la lebih-lebih sikit tau. Konfirm la akan selalu hilang nanti sarung tangan tu kena rembat dengan saudara-mara. Haha..


Wednesday, August 8, 2012

Pabila ayam bergaya

Huyyoo.. Glamernya ayam-ayam nie bila bergaya. Siap pakai subang dan rantai lagi. Kelas gitu.. Haha..


Tuesday, August 7, 2012

Pawagam Batman

Di California Amerika Syarikat, seorang lelaki yang kaya telah membina pawagam bertemakan Batman didalam rumahnya. Dijangka siap pada bulan November 2012 ini, kos keseluruhan mencecah hampir USD 2 juta dolar atau dalam RM sekitar 6.2 juta ringgit.

Pawagam Batman ini akan mempunya replica baju Batman, replica kereta Batman dam muat untuk 15 orang tetamu. Sementara tunggu pawagam ini nak siap, jom kita layan dulu lakaran artis bagaimana rupanya apabila siap kelak.


Jom makan kek ular

Ini adelah kak berbentuk ular. Amacam? Korang berani makan kek ular nie tak?


Monday, August 6, 2012

Rowan Atkinson dikala muda mudi

Gambar Mr Bean atau nama glamernya Rowan Atkinson di kala muda-mudi. Hensem.


Surat khabar Kosmo tak sensitif


"Kempunan ganjaran RM4 Juta". Huh? Ape punya tajuk berita ni? Langsung takde sifat patriotik.

Datuk Lee Chong Wei main badminton semalam bukannya untuk menang ganjaran RM4 juta. Sebaliknya untuk membawa balik PINGAT EMAS pertama untuk rakyat Malaysia.

Paling penting, DATUK LEE CHONG WEI MEMBERIKAN PINGAT OLIMPIK PERTAMA BUAT MALAYSIA PADA TEMASYA OLIMPIK LONDON KALI INI.

Sunday, August 5, 2012

How to eat Noodles like a Bos

Haha.. Korang jangan cube cara ni untuk makan mee ya. Jangan sesekali. Bahaya. Hanya bos aje yang boleh cuba. Haha..



Dikopi dari YouTube

Saturday, August 4, 2012

Siapa kate Ulat Buku tak reti berpesta

Ingat ulat buku macam kami nie asyik duduk kat perpustakaan aje ke. Hello.. Sekali sekali kami akan berpesta juga la. Haha..

Festival muzik di Tomorrowland, Belgium menggunakan tema buku kali ini untuk festival muzik mereka. Ohsem. Banyak gile ulat buku yang hadir. Haha..


7 Minit yang penting


8 bulan yang lalu, telor ade post mengenai "Kenderaan robotik bernama Curiosity". Sila baca post ini dula ya jika korang lupa. Nanti tak paham pule apa yang telor sampaikan. Haha..

2 hari lagi, atau lebih terpeinci pada 6hb Ogos 2012 ini, kenderaan robotik bernama Curiosity akan mendarat kat planet merah iaitu planet Marikh. Hoho.. Setelah menunggu hampir 8 bulan, akhirnya kenderaan robotik Curiosity ini tiba juga ke destinasinya. Yahoo..!!

Friday, August 3, 2012

Lelaki apabila ber Gymnastik

Haha.. Siap pakai riben tu kat kepala. Comel sangat. Pinky lagi. Haha..



Dikopi dari YouTube

Macam mana rupa galaksi kita dari planet Marikh


Siapa belajar sains mesti tahu akan nama galaksi kita. Galaksi kita bernama Milky Way atau dalam nama melayunya Bima Sakti. Ini rupe galaksi Milky Way kita.


Kaki Muat Turun

Ini lah kegembiraan sebenar kaki muat turun. 100% telor setuju tanpa bangkangan. Haha..


Thursday, August 2, 2012

Jika salah parking kereta


Trailer filem terbaru : Skyfall

Filem penyiasat terkenal dari England, James Bond kembali lagi dengan filem ke 23 nya iaitu Skyfall. Akan ditayangkan pada 9 November 2012 ini. Jom menyiasat. Haha..



Dikopi dari YouTube

Wednesday, August 1, 2012

Cara nak tido dengan selamat di tempat kerja@sekolah

Siapa tahu kat mana telor boleh dapatkan produk macam ini? Kalau ade sape-sape tahu, jangan lupa bagitahu telor ya. Haha..

Telor berminat nak beli. Lepas nie mesti dah takde orang yang boleh kate telor ni kuat tido. Haha..


Saya suka Belon

Dave, seorang lelaki berusia 27 tahun dari Arkansas, Amerika Syarikat terlalu sukakan belon. Dia menganggap belon sebahagian daripada keluarga beliau. Kesukaan Dave terhadap belon sangat tinggi sehingga didokumentarikan oleh National Geographic.

"Belon, saya terlalu sukakan awak belon. Mmmmmmuahh!!"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...