Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Monday, April 30, 2012

Baju TelorDibasuh 2012

Baju.. Baju.. Telor jual baju.. Hehe.. Cepat cepat undi. Hari ini dah 30 April 2012 dah nie. Hehe..

Ini draf design baju TelorDibasuh 2012. Sila undi mana yang suka ya. Design dengan undi paling banyak akan dicetak dan dijual dengan harga yang murah-murah aje. Hehe..

Tarikh tutup undian pada 30 April 2012 ini ya. Jangan lupe mengundi. Sila tunaikan tangjungjawab anda pada negara. Hehe..

Sunday, April 29, 2012

Lelaki vs Bayang-bayang

Wow.. Macam mana boleh jadi macam tu? Hebat le bayang-bayang lelaki nie. Macho gile. Bayang-bayang telor pun tak macho macam tu. Haha..

Final Liga Juara-Juara Eropah 2012

Saturday, April 28, 2012

Hari bergambar yang tidak best

Telor rase hampir semua orang pernah alami situasi ini. Time nak bergambar, time tu le jerawat baru nak keluar. Hari lain tak nak le pule dia keluar. Suka sangat jerawat nie sabotaj kite kan? Haha..

Friday, April 27, 2012

Bagaimana menambah susu didalam air kopi

Aha.. Ini adalah video cara-cara menambah air susu didalam air kopi. Idak le best mana pun video nie. Cume.. satu aje yang telor mushkil. Apekah fungsi telur dalam video ini? Telor rase telur nie giler glamer. Video orang lain pun dia nak menyibuk juga masuk. Haha..



Dikopi dari YouTube

Thursday, April 26, 2012

Chop Chop

Hehe.. Kisah dulu-dulu kala mengenai jam tangan yang kehabisan bateri. Best-best.. Tak sangka telor zaman Zorro dah ade jam tangan rupenya. Haha..

Tuesday, April 24, 2012

Backstreet Boys

Kalau korang nak tahu, kumpulan Backstreet Boys dah berumur 19 tahun pada tahun ini (1993 - 2012). Woww.. tak sangka dah 19 tahun tahun telor minat Backstreet Boys nie. Haha..

Hah!! Telor minat Backstreet Boys? Eeeiiww... Jiwang karat la telor nie. Tak kuasa la..


Monday, April 23, 2012

Cara nak letupkan telur

Aha.. korang tahu tak macam mana cara nak letupkan telur? Hah? Letupkan telor? Nak nak.. Kite orang nak letupkan telor. Best-best.

Ish.. bukan letupkan telor la. Letupkan telur. Beza dua ayat tu. Korang ni.. pantang kalau dapat offer nak musnahkan telor. Cepat aje. Tak baik tau dengki dengan telor. Nanti sape nak updatekan korang blog telordibasuh? Haha..

Okey. Berbalik kepada post asal. Korang tahu tak macam mana cara nak letupkan telur? Tak tahu? Okey. Senang aje carenya. Hanya sebatang mancis sahaja diperlukan. Lepas tu, korang follow aje tutorial seperti dalam video ini. Tadaa.. Semoga berjaya. Haha..



Dikopi dari YouTube

Sunday, April 22, 2012

Hotel Arlanda

Wahh.. bestnya ada hotel yang bertemakan kapal terbang. Best best. Err.. telor, hotel ini memang dibina dalam kapal terbang sebenarnya. Bukannye hotel ini bertemakan kapal terbang. Ehh.. yea ke? Alamak! Telor silap le pule. I'm sorry.. Haha..

Hotel kapal terbang ini namanya Hotel Arlanda. Hotel Arlanda ini terletak di Stockholm, sebuah bandar yang terletak di Sweden. Hotel ini dibina di dalam sebuah kapal terbang Boing-747 lama.

Mencuri itu berdose

Haha.. Itu le lagi tak nak dengar ape telor kate. Kan dah dapat balasan serta-merta. Haha.. Okey. Telor ulang lagi sekali ya. "Mencuri itu berdosa tau". Hehe..

Saturday, April 21, 2012

Ibubapa saya bangga dengan saya

Kalau korang nak tahu, korang sebenarnya membanggakan ibubapa korang kalau korang suka tido aje sepanjang hari.

Huh? Tido sepanjang hari??? Yea ke telor nie?

Ish ish ish... Tak caye ape telor kate? Hah! Korang tengok le sendiri. Haha..


Thursday, April 19, 2012

Greatest Video In The History of the World!

Huh...?? Err...?? Emm...?? Telor terkedu sekejap apabila tengok video ini. Betul seperti yang dikate. Video ini betul-betul video yang paling hebat di dalam sejarah. Haha..



Dikopi dari YouTube

Korang suka di raba?

Hehe.. Siapa kat sini suka diraba-raba secara terbuka di khayalak ramai? Jika ada yang suka, boleh la cuba pergi melancong ke Amerika Syarikat ya. Mungkin korang akan diraba-raba oleh pegawai keselamatan di sana secara terbuka. Haha..

Jika nak di raba lebih-lebih sikit, korang boleh la cuba buat kelakuan yang agak mencurigakan ya. Mana tahu korang mungkin akan mendapat pakej raba-rabaan berstatus 5 bintang dari pegawal keselamatan disana. Wow!! Satu pengalaman indah yang sukar dilupakan. Haha..

Soal Jawab Bagi Ibu Mengandung

Hehe.. Ape punye jawapan la.. Jawapannye macam tak ikhlas aje jawab. Ini mesti kes sebab kena kerja lebih mase kot. Tanda protes. Haha..

Tuesday, April 17, 2012

Really? Haha...loser!

Deddy?? Kenapa deddy sanggup buat begini kepada abang? Oh tidak... Deddy kejam... Deddy tak sayang abang lagi.. Deddy kejam... Tidakkkkkkkkkkkkk...

Deddy menjawab dengan penuh kasih sayang, "Biase le abang. Kat opis, bos deddy buli deddy. Jadi kat rumah, deddy buli le anak deddy pule. Haha.."

Patung popular di dunia

Antara patung yang popular didunia. Jom kita tengok same-same. Wahh.. romantiknye telor ajak tengok same-same. So sweet.. Haha..

Patung Statue of Liberty, New York.

Care paling mudah basuh pinggan

Situasi: Banyak pinggan mangkuk di sinki yang nak kena basuh.
Problem: Malas nak basuh.
Solutionnya: Korang hanya perlu follow aje cara berikut.

Sarung iPhone yang comel

Connect Design menjual sarung iPhone 4/4S yang sangat comel sekali. Sarung iPhone ini boleh diberi makan duit, kad kredit, gule-gule getah, wayar, mancis, gambar dan macam-macam lagi. Pendek kate, sarung iPhone ini betul-betul lapar lah. Hehe..

Oh yea. Sarung iPhone ini juge mempunya mate yang bermacam-macam. Terpulang kepada korang nak mate yang macam mana. Taknak bagi dia mata pun boleh juga. Haha..

Monday, April 16, 2012

Kucing Bandar

Hehe.. mengade-ngade betul kucing ni. Punye la tak nak kaki dia basah. Mesti kucing ni kucing bandar. Kucing yang tak biasa comot-comot. Haha..



.

Blogging Is Like Sex

Huh? Biar betul kajian ini. Blogging Is Like Sex?? Wow. Kajian yang hebat nie. Maknenya kalau ikut pemahaman telor yang sederhane ini, siapa yang suke berblog, dia juga suke bersex. Siapa yang tak suka berblog, dia juga tak suka bersex. Ish ish ish.. Nasib baik le telor suke berblog. Hehe..

Sunday, April 15, 2012

Jom cari kucing

Dalam gambar ini terdapat 1 ekor kucing. Jom cari kalau korang hebat. Meow..


Jangan klik link ini sebelum jawab ya. Tak best la main tipu... Hehehe

Tido dengan bergaya

Jom kita tido lepas ini dengan cara yang begitu bergaya sekali. Cara-caranya senang aje. Hanya follow aje macam lelaki ini buat. Selamat mencuba & semoga berjaya. Hehe..

Friday, April 13, 2012

Drama Tekan Butang

Wow. AWESOME!!!!



Thursday, April 12, 2012

Review movie: Battleship


Battleship

Director: Peter Berg
Cast: Alexander SkarsgÄrd, Brooklyn Decker and Liam Neeson
Genre: Action/Adventure/Fantasy

Ferrari 458 Italia Edisi Khas

Sempena ulangtahun ke 20 Ferrari berada di negara China, sebanyak 20 unit kereta Ferrari 458 Italia edisi khas telah dikeluarkan hanya di negara China sahaja.

Ferrari menggunakan warna merah baru untuk edisi khas ini iaitu warna merah "Marco Polo", rim tayar berwarna emas serta beberapa ciri istimewa yang lain.

Cermin Mata Amerika

Inilah cermin mata Amerika yang berharga USD208 atau dalam RM lebih kurang 640 ringgit. Bergaya tak korang rase cermin mate nie? Telor rase.. tepuk dada tanya selera. Haha..

Berminat dengan cermin mata Amerika ini? Korang boleh beli disini ya.

Fakta hari ini

Cheeseburger betul. Terkena tepat kat muke telor. Fakta yang paling hebat sekali. Haha..

Tuesday, April 10, 2012

RMS Titanic

15 April 2012 ini, genap 100 tahun kapal Royal Mail Ship Titanic @ RMS Titanic ternggelam di dasar laut Atlantik. Jom kita tengok bagaimana kapal RMS Titanic ini tenggelam dari kaca mata National Geographic.



Design baju yang best

Haha.. design baju yang best. Cayok cayok..

Saturday, April 7, 2012

Salasilah Keluarga

Huyyo.. tak pernah telor terfikir nak buat salasilah keluarge mengikut tahun macam ini. Best-best. Idea yang menarik. Telor nak cuba buat juge la. Boleh le telor tengok perubahan muka telor dari setahun ke setahun. Makin hensem ke makin macho. Haha..


Tiang Lektik Berbentuk Ruse

DesignDepot, sebuah design studio yang berasal dari Moscow, Rusia telah mereka tiang lektik konsep berbentuk ruse. Wow. Cantiknye tiang letrik ruse nie. Nampak macam ruse raksase tengah beratur aje. Hehe..

Friday, April 6, 2012

Motor berbentuk keretapi

Motor berbentuk keretapi ini direka oleh Colby Higgins. Amacam? Stailo tak motor nie? Mesti le stailo kan. Hehe..

Tapi telor rase la kan, motor nie kalau bawa kat Malaysia, mesti banyak gile kena saman walaupun rupenye stailo. Hah? Banyak saman? Saman ape tu telor? Aha.. Saman sebab motor takde side mirror. Haha..

Thursday, April 5, 2012

Paling laju


Haha.. Tak sangke itu rupenya paling laju sekali. Telor ingatkan apa bende la yang paling laju. Kelajuan cahaye pun boleh kalah. Betul-betul laju tu. Hebat-hebat. Haha..

Wednesday, April 4, 2012

Coca-Cola vs Pepsi

Infografik mengenai minuman bergas Coca-Cola dan Pepsi. Jom baca kalau berminat. Kalau tak berminat, tengok gambar pun jadi le. Hehe..

Tuesday, April 3, 2012

Teksi baru Bandaraya New York

Tadaa.. ini le rupe baru teksi bagi Bandaraya New York, Amerika Syarikat. Teksi baru keluaran syarikat Nissan ini diberi nama sebagai NV200 dan dijangka akan membuat kemunculan sulong pada tahun 2013.

Burger segera

Makanan dalam tin makin canggih sekarang. Dulu hanya ada sardin dalam tin aje. Kali ini burger dalam tin pun dah ade juge. Hebat hebat. Inovasi yang maju.

Monday, April 2, 2012

TT Kereta Batman

Huyy0o.. TT kereta batman dijumpai sedang berkumpul di California, Amerika Syarikat. Hohoho.. Hebat-hebat. Macam nie le baru cool orang puteh kate. Hehe.. Err.. nak tanya sikit boleh? TT tu ape telor? Oh, maksud TT ke. TT tu maksudnya Teh-tarik Time.

Oooo... TT tu maksudnya Teh-tarik Time. Ehh.. Jap-jap.. Biar betul telor nie batman minum teh tarik? Haha.. Mane le telor tahu batman minum ape. Telor reka-reka aje. Hehe..

Restoran mewah diatas pokok

Di Thailand, terdapat sebuah restoran mewah yang dibina diatas pokok. Restoran mewah yang berketinggian 5 meter dari tanah ini terletak di Soneva Kiri Resort. Hohoho.. Bestnye. Romantik gitu. Cuma jangan hujan sudah le. Hehe..

Kereta sesumpah

Huh? Kereta sesumpah? Kereta ape tu telor? Sesumpah beli kereta ke? Ish kome nie. Ade ke sesumpah beli kereta. Dia kan tak ada lesen memandu. Macam mana nak beli kereta. Haha..

Okey. Berbalik kepada kereta sesumpah. Pengeluar kereta terkenal dari Perancis iaitu Peugeot telah mengeluarkan sebuah kereta yang warnanya boleh berubah mengikut mood pemandu berdasarkan sensor suhu badan dan degupan jantung yang dipasang pada stering kereta. Hohoho. Menarik kan?



Sunday, April 1, 2012

Ride Of Passage

Macam biase. Hari Ahad hari tengok wayang di blog telordibasuh. Hehe.. Hari ini jom tengok kisah pasal sorang budak yang kena memburu untuk membuktikan kelakiannya. Comel budak ini. Macam telor waktu kecil-kecilan dulu. Haha..



.

Spana yang stylo

Huh? Apa nie telor?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...